Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kiriman gambar dari sahabat Tok Bah. Yang baru sahaja pulang dari Kemboja. Dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah. Membasmi kemiskinan dan kecetekan ilmu mestinya. Menyedarkan masyarakat dalam dakwah yang berorganisasi.
Para sahabat Tok Bah yang dikasihi. Sesungguhnya mereka bergerak tanpa adanya tunjangan kekal. Atau mudah difahami, tidaklah ditaja oleh mana-mana pihak. Melainkan menggunakan duit poket sendiri.
Para sahabat yang disayangi, andai ada yang berputih hati bersidi sakti ingin menghulurkan bantuan. Boleh terus whatsapp Tok Bah. Akan Tok Bah berikan kalian talian untuk berurusan dengan sahabat tersebut. Insyaallah
Jangan bank in pada Tok Bah. Haraki Tok Bah hanya di dalam Malaysia sahaja. Tumpuan penuh pada asnaf-asnaf mengikut negeri pemahar yang memaharkan item Tok Bah.
Ayuh sahabat kesayangan sekalian. Bersama kita berjual beli dengan Ilahi. Mudahan Dia menerima dagangan kita sebaiknya. Insyaallah
Tok Bah mengenal ramai orang yang rela meninggalkan kemewahan, impian, harapan, segala yang dicintai, anak dan isteri, ibu dan ayah mereka. Bahkan tanah air mereka. Dan segala apa yang mereka miliki. Demi melihat senyuman pada wajah orang lain. Demi melihat sebuah harapan hatta hati sendiri digenangi air mata. Demi satu perkara. Menyampaikan SALAM untuk dunia.
SYAHADAH agung yang terucap oleh kata zahir, belum tentu mengalir indah dalam olahan rohaniah. Wallahualam
No comments:
Post a Comment