Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
TANDUK KERBAU BALAU MATI BERANAK
Pangkal sesuatu tanduk alami merupakan suatu perkara yang menjadi rebutan bagi orang yang memiliki rezeki faham. Adalah ia 'ibu' pada segala isinya yang lain. Tiadalah kiranya diketengahkan sewenangnya. Maka maharnya pula tiadalah setidak perihal ala kadar.
Pun perihal utamanya itu suatu kelainan dari sifat tanduk kerbau lainnya. Yakni leperlah ia dan tiadalah bulat akan sisinya. Amat jarang kiranya untuk ditemui akan tanduk sebegini. Yakni dari sifat kerbau.
Sanad leluhur zaman menurunkan akannya beberapa perkara pedoman. Iaitu pedoman dalam kaedah pemakaian diri.
Berperihal akannya sebagai pendinding diri, pemagar diri dan keluarga. Asbab padanya mematahkan ilmu seteru madu dan juga sebagai pembisa serta pemberat pukulan.
Pemasak tunjang diri serta akannya penunduk. Sifatnya atas keselamatan iaitu pembabas marabahaya serta meringankan akannya musibah.
Adapun kelimunan ia pembawaan. Tiadalah disukai dan amatlah ditakuti pada orang yang kerasukan atau memelihara halusan.
Adalah pula pada yang bersaka. Dilurut kiranya bilangan ganjil hari setenggelamnya matahari. Setidak kiraan lima atau tujuh sepengalah senja. Lurutnya dari pangkal kepala melalui ia dua tulang hidung dan berakhir ia senjahan di dagu. Izin dariNya berkat ilmu leluhur, tercabut atau dipelepas ia saka sekehendak jadi duduk perkara. Insyaallah
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment