Monday, December 11, 2017

SUATU RENUNGAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SUATU RENUNGAN

Pada suatu ketika secara bersamaan Junaid dan Syibli jatuh sakit. Seorang tabib yang beragama Kristian mengunjungi Syibli.

"Apakah keluhannmu?" si tabib bertanya

'Tidak ada." jawab Syibli.

"Apa?"jawab si tabib.

"Aku tidak merasa sakit." jawab Syibli.

Kemudian si tabib mengunjungi Junaid.

"Apakah keluhanmu?" ia bertanya kepada Junaid.

Junaid mengatakan setiap hal yang dirasakannya dengan sejelasnya. Tabib Kristian itu memberikan ubat, kemudian pergi. Di belakang hari Junaid dan Syibli bertemu.

"Mengapakah engkau sudi menerangkan semua keluhanmu kepada seorang Kristian?" Syibli bertanya kepada Junaid.

"Agar si tabib Kristian itu menyedari, jika sahabatNya sendiri diperlakukanNya seperti itu, apakah yang akan dilakukanNya terhadap musuhNya nanti." Jawab Junaid. Kemudian ia balik bertanya kepada Syibli

"Dan mengapakah engkau tidak mahu mengatakan keluhanmu kepadanya?"

"Aku merasa malu untuk menyampaikan keluh kesahku kepada musuh Sahabatku!" Jawab Syibli.

Sumber : Kitab Tazkiratul Auliya


No comments:

Post a Comment