Tika perjalanan telah terhenti,
Satu bisikan menyinggahi,
Mengetuk jiwa yang hampir mati,
Menyedarkan alam pada insani
Tika diri sedang bersembunyi,
Datang dirimu mencari-cari,
Khuatir diriku untuk meneguri,
Jeriji besi suatu igauan ngeri
Engkau meniupkan kata semangat,
Bahawa tiadalah kata laknat,
Hanya huluran pembakar derangat,
Ilmu terhimpun di payungi rahmat
Gugusan Cahaya Keselamatan,
Titik mula sebuah perkenalan,
Ratib Al Hadad sebagai balasan,
Asalan Tok Tuan Besar suatu idaman
Sehingga kini tidak kuketahui dirimu,
Dan tiadalah pula engkau mengenaliku,
Hayat maya penyambung samu,
Sanad diteruskan walau berliku
Khusus buat sahabat Tok Bah yang dikasihi, Saudara Wan Ahmad Ridhwan. Semoga dicucuri rahmat dan berkah di setiap langkah perjalanan. Insyaallah
Tok Bah
10 Rabiul Akhir 1439
No comments:
Post a Comment