Assalamualaikum dan salam sejahtera.
TANDUK KERBAU LURUH MENGAWAN
Leluhur zaman menurunkan ini sebagai suatu ikhtiar pemakaian diri sejak berkurun lamanya. Memanfaatkan ilmiah alamiah, agar tidaklah ia sia-sia. Dikeranakan itulah, pedoman lama menjadi petua pegangan sehingga kini.
Maka ini perihal Tanduk Kerbau Luruh Mengawan. Luruhnya ia tanduk tatkala sedang ia kerbau mengawan. Pedoman besar disini dinyatakan bahawa mujarab ia akan sebesar pengasih dan pengikat suami isteri. Memperkuat ia nafsu bersama. Sebagai sebaik pelaris dan pemanis wajah. Meningkatkan daya penarikan seri dalaman.
Didalam ilmu 'bangkitan' Melayu, dinyatakan secara khusus sifat kelimunan bagi Tanduk Kerbau Luruh Mengawan ini. Dan tiadalah ditanggung orang yang kerasukan, melainkan lepas mudahlah ia gangguan. Dipermudah segala urusan. Hingga mudahlah keluarnya penanggung dari kesulitan.
Demikian pedoman lama menurunkan, maka atas segala perihal ini. Hendaklah dikembalikan semula padaNya. Pedoman leluhur zaman diambil sebagai rujukan dan pengajaran. Diatas pengisahan mereka yang telah melaluinya.
Diingatkan bahawa item-item Tok Bah semuanya alami. Tidaklah tercalit perihal 'pengisian khusus', 'khadam', 'permohonan' dan segala yang mengarut lainnya. Tiadalah lintasan dihati ingin memperbodohkan sahabat2 dengan sebuah 'khayalan' syok sendiri dengan pengisian dan permohonan yang merapu. Harap maklum.
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : http://tokbah.wasap.my/
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment