Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
MAKLUMAN
Bagi sahabat-sahabat yang sudah biasa berurusan dengan Tok Bah dikecualikan perihal ini.
Iaitu perihal SABAR. Tok Bah melihat adanya beberapa orang yang baru hendak berurusan dengan Tok Bah. Bersikap terburu-buru. Hari ini order, esok hendak item yang ditempah tu siap. Takut ditipu katanya. Takut duit terbang item tak sampai katanya. Tidak mahu mengikut giliran. Macamlah Tok Bah hairan sangat kalau kalian seperti ini tidak mahu berurusan dengan Tok Bah. Tok Bah pun tidak mengalukan. Semak.
Senarai nama dalam barisan menunggu terkini adalah seramai 17 orang berbaki. Masing-masing tempahan lebih dua puluh biji permata. Tenang bersahaja. Tidaklah pula menekan. Kerana mereka-mereka ini memahami.
Tiada istilah 'potong Queue' jika hendak berurusan dengan Tok Bah. Semua ikut giliran. Ikut peraturan. Bayaran dua kali ganda pun tidak usahlah ditawarkan. Tok Bah tidak makan rasuah😂
Begitu juga dengan spesis yang suka meng'cancel'kan tempahan. Prosedur Tok Bah tetap sama seperti dahulu. Tempahan yang dibatalkan, tiada pulangan wang dikembalikan. Maka, berfikirlah sebaiknya sebelum tempahan dilakukan. Jangan bazirkan masa Tok Bah untuk melayan karenah bodoh sebegitu.
Pemberitahuan ini sejak dahulu lagi telah dimaklumkan. Perjanjian polisi Tok Bah menetapkan tujuh hari waktu sesuatu tempahan akan disiapkan. Polisi tujuh hari ini masih berkuatkuasa seperti biasa. Tiada perubahan. Siap awal akan dimaklumkan. Jika lewat juga akan dimaklumkan. Masing2 ada hadiah masing2. Tidak usah khuatir. Insyaallah
Tok Bah
30 Rejab 1438
No comments:
Post a Comment