Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SAHABAT SELLER PULAU PINANG
Pada menyatakan perkara ini, Tok Bah menjemput sahabat2 Tok Bah sekalian untuk menambahkan sahabat seller ini sebagai rakan. Telah beberapa kali kami bersua muka. Bertukar ilmu dan perkongsian. Hasilnya amat memuaskan hati Tok Bah. Makanya, perkongsian yang dilakukan sahabat seller ini suatu ilmu yang seiring dan sejalan dengan langkahan asli Tok Bah.
Sahabat seller ini secara tidak langsung juga menjadi wakil Tok Bah di negeri2 utara. Mana2 sahabat yang berada di utara, jika ingin berurusan bersua muka dengannya. Dipersilakan.
Demikian sahabat2 yang sentiasa berurusan dengan Tok Bah, juga dipersilakan tanpa ragu2. Tok Bah memberi satu jaminan khusus keatas sahabat seller ini. Bahawa sepertimana kalian mempercayai Tok Bah. Sedemikian jugalah kepercayaan Tok Bah padanya. Insyaallah
Begitu jugalah perihal perkongsian sesuatu item. Sahabat seller ini lebih rancak perkongsiannya berbanding Tok Bah. Ini kerana, Tok Bah sendiri pada ketika dan kebelakangan ini teramat sibuk menyiapkan tempahan2 sahabat. Sehingga boleh dikatakan tidaklah berbaki masa untuk perkongsian. Semoga perkongsian sahabat seller ini lebih bermanfaat dan berguna untuk sahabat sekalian. Semoga perkongsian warisan alam ini tidaklah hanya menunggu masa ditelan zaman.
Sebesar-besar keinginan hati Tok Bah, semoga sahabat sekalian mendapat satu perkongsian yang betul benar dari warisan terdahulu. Hasil dari perjalanan kami yang bukan mudah untuk difahami, apatah lagi dikecapi. Bukanlah sekadar suatu ilmu hanya sekadar 'untuk cari makan' dengan penceritaan yang mengarut tinggi melangit. Sesungguhnya Tok Bah mencela golongan sebegitu. Sehingga akhir hayat Tok Bah sendiri. Insyaallah
Akhir kalam di hari yang penuh mulia ini, dijemput sahabat sekalian untuk mengenali beliau dengan lebih rapat. Semoga persahabatan yang dijalinkan akan berkekalan hendaknya. Insyaallah
Tok Bah
24 Rejab 1438
No comments:
Post a Comment