Wednesday, April 19, 2017

JALAN KEHIDUPAN 27

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

"Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu isteri-isteri dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

~Al Imran : 14~

Satu ayat didalam kitab suci yang mulia. Yang mencakupi seluruh keinginan manusia. Beserta peringatan di akhir ayatnya. Bahawa sebaik-baik tempat kembali adalah disisi Allah swt.

Bersama kita menghayati firman ini di dalam kehidupan harian kita. Semoga segala kelapangan dan rezeki serta rahmatNya sentiasa mengiringi kita semua. Insyaallah

Tok Bah
22 Rejab 1438


No comments:

Post a Comment