Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERIHAL PERJALANAN ILMU
Makanya ini perihal, berkaitan ia akan cabang-cabang pembahagian ilmu. Yakni ini diantara pecahan jalannya.
ORANG yang menuntut. Ghalib kejadian ini banyaknya pada orang ramai. Dari tika dahulu hingga kini. Iaitu orang yang menuntut akannya ilmu. Sebagai perbekalan dalam perjalanan. Tidaklah khuatir meminta-minta padanya sang guru. Akan sesuatu ilmu. Diminta dan terus diminta. Lantas dipohon barokah dan izinnya sang guru.
Seusai kehendak, maka berjalanlah si murid dengan perbekalan didada. Memegang amanah mujarabnya ilmu yang dituntut. Hingga kadang lupa pada fikirnya. Hingga terbawa-bawa seakan ilmu itu telah pada kadar memenuhi isi dadanya. Melebihi yang lainnya. Hingga angkuhlah sekehendaknya. Dan dipandang rendah sekaliannya. Tanpa sedar, penawar yang dituntut menjadi racun. Tanpa sedar, ilmu yang mulia asalnya. Mulai menghina dirinya sendiri. Tanpa sedar, pegangan yang kukuh menjadi terumbang-ambing. Maka, berhati-hatilah. Beringat-ingatlah. Perihal bawaan betul benar.
ORANG yang berkhidmat. Maka ini perihal jarang kejadian. Tidaklah meminta ia pada gurunya. Malulah ia dalam meminta-minta. Walhasil padanya suatu tuntutan. Kerana menjaga akannya adab. Tidaklah berlebihan dihati mereka. Khidmatlah mereka tanpa meminta pulangan. Hingga bersuaralah sang guru memberi pandangan. Maka, yang disuarakan itu menjadi pegangan. Sekukuh erat tali simpulan. Menjadi pedoman dalam perjalanan.
Sungguh telah berkata Ar Rabi' Bin Sulaiman:-
“Demi Allah, aku tidak berani meminum air dalam keadaan As Syafi’e melihatku kerana segan kepadanya.”
Inilah suatu jalan adab yang telah lama terhapus dari dada para penuntut.
Didalam Kitab Barokatul Zaman, karangan Syekh Bongsu. Pada bab Adab Dalam Menuntut. Dinyatakan jelas pada pandangannya. Yakni :-
"Adalah lebih kucintai menyapu debu dikaki guruku. Daripada meminta-minta sesuatu perbahasan amal."
Wallahualam
Gambar : Tok Bah (kanan) bersama Syekh Muhammad Saman
Tok Bah
02 Syaaban 1438
No comments:
Post a Comment