Sunday, April 9, 2017

DUA PERKARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DUA PERKARA

Pertamanya, ada diantara sahabat2 yang nampaknya masih belum memahami prinsip Tok Bah berkenaan item penarikan, permohonan, kebal umum dan yang sama waltu dengannya.

Samada golongan ini bodoh, bangang, tidak faham bahasa atau sememangnya tidak mengetahui. Maka ini Tok Bah ulangi. Tok Bah menolak keras fahaman 'budak-budak belum keluar mani' ini. Taksub pada khayalan melangit. Bodoh melanton-lanton.

Ada diantaranya menghantar pesanan suara melalui whatsapp. Kononnya suara tersebut adalah 'suara ghaib'. Mengkehendaki Tok Bah memaharkan item dari alam sebelah tersebut. Penarikan oleh gurunya yang berilmu tinggi katanya. Yang berupa 'zamrud penarikan'. Bilamana dilihat zamrud penarikan tersebut yang kononnya begitu hebat. Tok Bah hanya mampu tersenyum. Begitu banyak bubble air dalam zamrud tersebut. Fahamkah maksudnya apabila terdapat bubble air didalam batu? Kepada sahabat tersebut dan tok gurunya yang hebat itu. Tok Bah dengan berbesar hati ingin menyatakan. SILA MENINGGAL.

Sama juga sejenis manusia yang baharu whatsapp Tok Bah hari ini. Mencari item kebal umum. Terasa loya melanda apabila mendengarnya. 

Kebal umum. Ramai yang bajet2 'orang tengah' dato', tan sri, paduka dan macam2 pangkat lagi hendak berurusan. Kononnya akan dibeli sekian juta harganya. Tok Bah tidak memerlukan orang tengah untuk item Tok Bah. Tok Bah sudah ada buyer sendiri. Tidak usah kalut. Tok Bah tidak berminat dengan duit juta2 yang kalian tawarkan. Yang mahar RM130 pun sampai sekarang diam. Lagi mahu cakap item juta2? Basi. 

Kedua. Perihal bertanya item seller lain pada Tok Bah. Spesis ini Tok Bah sangkakan telah pupus. Rupanya masih ada. 

Apabila Tok Bah memasukkan sesuatu item ke dalam fb. Akan ada yang pm atau whatsapp gambar item masing2 pada Tok Bah. Bertanya adakah milikan mereka asli atau tidak.

Penganut fahaman ini sila ambil perhatian. Prinsip Tok Bah tidak pernah berubah. Tok Bah tidak berminat sama sekali hendak merungkai panjangkan item kalian yang dibeli dari seller lain. Bertanyalah dari mana kalian dapati. Tok Bah hanya menguruskan hal Tok Bah. Tidak mahu berurusan. Sila berambus. Jangan membazirkan masa Tok Bah. Semak.

Semoga ulangan perkhabaran ini membuka sedikit minda mereka yang terlibat. Wallahualan

Tok Bah
12 Rejab 1438


No comments:

Post a Comment