Sunday, December 31, 2017

BESI PACAK PATAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BESI PACAK PATAH

Besi Pacak Patah merupakan salah satu pakaian sulit nenek moyang kita. Nasadnya sebagai patah alami atau mudah difahami. Patah secara semulajadi, bukanlah kerana dipotong atau diketuk.

Besi Pacak Patah diturunkan bahawa membawa perihal khasiat alaminya sebagai penyekok (penyekat), pembisa, pelimunan, pelaris dan juga penunduk.

Pedoman menyatakan akannya sebagai suatu ikhtiar dalam pemagar dan pendinding diri.

Sementelah besi ini juga merupakan diantara salah satu bahan besi tujuh pa. Tiadalah lengkap andai tiadanya Besi Pacak Patah ini sebagai ramuannya.

Seharusnya menjadi idaman bagi setiap yang memahami untuk memilikinya.

Sebarang urusan atau rujukan pameran :-

Whatsapp : http://tokbah.wasap.my/

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Friday, December 29, 2017

BUAT SAHABAT DIRINDUI

Tika perjalanan telah terhenti,
Satu bisikan menyinggahi,
Mengetuk jiwa yang hampir mati,
Menyedarkan alam pada insani

Tika diri sedang bersembunyi,
Datang dirimu mencari-cari,
Khuatir diriku untuk meneguri,
Jeriji besi suatu igauan ngeri

Engkau meniupkan kata semangat,
Bahawa tiadalah kata laknat,
Hanya huluran pembakar derangat,
Ilmu terhimpun di payungi rahmat

Gugusan Cahaya Keselamatan,
Titik mula sebuah perkenalan,
Ratib Al Hadad sebagai balasan,
Asalan Tok Tuan Besar suatu idaman

Sehingga kini tidak kuketahui dirimu,
Dan tiadalah pula engkau mengenaliku,
Hayat maya penyambung samu,
Sanad diteruskan walau berliku

Khusus buat sahabat Tok Bah yang dikasihi, Saudara Wan Ahmad Ridhwan. Semoga dicucuri rahmat dan berkah di setiap langkah perjalanan. Insyaallah

Tok Bah
10 Rabiul Akhir 1439




SULUR BERTAM

Orang kata bertam ni pembisa. Sulurnya lagi berbisa. Kalau buat filter rokok, agak-agak mulut akan berbisakah? Kalahkah perempuan kalau berdebat dengan mereka?😂😂😂

100% handmade. Tebuk lubang je pakai mesin gerudi.

Tempahan untuk filter rokok akan dibuka setelah mesin larik pre-order Tok Bah sampai. Sementara tidak menerima sebarang tempahan sebegini. Permata sahaja. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





TASBIH KEMUNING EMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH ANTIK KEMUNING EMAS

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Thursday, December 28, 2017

TASBIH KEMUNING HITAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH TERAS KEMUNING HITAM
(LIMITED)

Seringkali Teras Kemuning Hitam ini disamakan ia dengan Teras Penawar Hitam. Padanya adalah dua perkara berbeza.

Teras Kemuning Hitam diketahui umum akan khasiatnya yang pelbagai. Bahkan banyak kaedah gunanya bagi yang memahami.

Diantara khasiat Teras Kemuning Hitam ini adalah sebagai penawar dalam mengubati luka dalaman tubuh. Utamanya bagi mereka yang menjalani pembedahan atau kelahiran. Rendaman air teras ini amat elok diamalkan minum.

Serta ia amatlah mujarab bagi mengubati penyakit kulit. Yakni sopak atau kudis atau kurap atau lainnya. Ikhtiar akannya dengan disapu ia air rendaman teras pada seluruh tubuh yang berkenaan. Dan mujarab ia pada sengatan binatang atau serangga berbisa. Dengan kaedah ditekan serta dilurut teras pada tempat yang terkena sengatan. Adalah halnya ia sebagai pendinding diri dari usikan halus. Utamanya bagi anak2 kecil yang sering menangis.

Makanya adalah segala sesuatu itu hendaklah dikembalikan padaNya. Adapun usaha dan ikhtiar kita hendaklah sentiasa seiringan. Insyaallah

Tok Bah berbesar hati membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

*Biji donat saiz 9mm x 5mm. Bahasa mudahnya. Butir jantan, sedap digunakan.

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









Wednesday, December 27, 2017

IMBASAN SILAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedikit rasa janggal menaip menggunakan laptop. Setelah sekian lama tidak menggunakannya. Baik. Gambar ini merupakan suatu kenangan buat Tok Bah. Zaman segala kekuatan masih berpaksi pada jasad. 'Menjajak' atau menziarahi maqam setiap Waliyullah yang mulia. Gambar merupakan maqam kekasih Allah swt Tok Ku Paloh.

Keberadaan perjalanan dalam menempuh dugaan menuntut ilmu dan mencari rahsia alam. Yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh semua orang. Bukanlah tidak mampu dari segi kekuatan fizikal. Namun, kekuatan keinginan dahaganya rohaniah dan laparnya roh yang sekian lama terpuruk oleh jasad zahiriah dialun nikmat keduniaan.

Hatta maqam diri itu tidaklah diperbesarkan sekehendak mulianya diri, namun pada kadar ia lonjakan nafsu yang diremukkan atas rasa hina adanya kerendahan diri.

Mereka yang telah melalui sifatnya mati itu telah terlepas akannya hukum duniawi. Bebas mereka dari menjalani pemikiran demi pemikiran. Hanyasahaya ketetapan mereka itu satu kedamaian atau satu kesulitan. Adapun para wali, mereka kini sedang bersemayam lena diatas ulitan Taman Para Soleh. Menanti disapa oleh sangkakala kebangkitan.

Sepanjang perjalanan lalu, Tok Bah menemui tiga perkara yang amat penting bagi pandangan Tok Bah. Yakni

"Jangan kita menghina orang. Jangan pula membiarkan orang menghina kita. Dan jangan sesekali kita menghina diri kita sendiri. Hal demikian terakhir itu adalah dari seburuk sifat. Wallahualam

Tok Bah
8 Rabiul Akhir 1439





TARING BABI TUNGGAL

TARING BABI TUNGGAL

*NO DESCRIPTION*

Geng kebal bebal tak payah PM Tok Bah. Malas Tok Bah nak layan. Komen PM juga tidak dilayan untuk item ini. Harap maklum.

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Sunday, December 24, 2017

RENUNGAN BERSAMA

الْقَارِعَةُ (1) مَا الْقَارِعَةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ (3) يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ (4) وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ (5) فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (7) وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ (11)


1. Hari Kiamat

2. Apakah hari Kiamat itu?

3. Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?

4. Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang berterbangan

5. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan

6. Maka adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya

7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang

8. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya

9. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

10. Dan Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

11. (Iaitu) api yang sangat panas



Friday, December 22, 2017

SEKADAR PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SEKADAR PERKONGSIAN

Adalah setiap bangsa di nusantara ini mempunyai perbekalan pakaian diri yang tersendiri. Sulit bahkan adakala sukar untuk diterima akal fikiran. Demikian pula mengkehendaki 'mereka' pada kadar FAHAM sepertimana dikehendaki kita pada kadar FAHAM.

Pun kepercayaan itu janganlah membawa kepada perpecahan. Yakni wajiblah kita saling hormat menghormati. Jangan sesekali mempertikaikan kepercayaan orang lain. Jika ingin berdakwah sekalipun, berdakwahlah dengan hikmah bukan dengan punah. Berikut merupakan satu 'pakaian diri' orang-orang yang beragama Buddha yang ada dalam simpanan Tok Bah. Sekadar satu koleksi. Original pin.

PHRA PIDTA NAI KHAN
(BABY IN WOMB)

Created, Chanted, Consentrated by Luang Phor Wan, Watt Lam Fai, Pattani Province, Thailand

Material made from Thong Thip (Thai Sacred Copper)

4 Sacred Yants : On the Head, Bottom, Front and Back

B.E 2538 (1995)

Effects:-
Best For Strong Protection From Harm And Danger, Enjoyed Peace and Properity, Overcome All Obstacles In Life, Good In Business and Overall Good Luck, Like A "Baby In Womb."

Tak usah PM. Sekadar perkongsian. Anggaplah ini suatu perkongsian dalam menambahkan ilmu pengetahuan. Tidak lebih dari itu. Wallahualam





TANDUK KIJANG BAKUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TANDUK KIJANG BAKUT

'Tanduk Bakut' bererti tanduk yang tidaklah tumbuh walaupun haiwan tersebut telah mencapai tahap matang atau dewasa. Kijang atau Rusa yang mempunyai tanduk bakut tidaklah berkawanan akannya. Melainkan tunggal dirinya. Dan tidaklah bakut itu pangkal hujungnya tajam, melainkan bulat ia. Kecacatan 'alami' ini tidaklah disia-siakan dalam ilmu leluhur Melayu tua.

Kalam tua menyatakan bahawa tanduk bakut tidak kira ianya dari rusa mahupun kijang. Amatlah besar manfaatnya bagi ummat manusia. Pedoman menyatakan bahawa Tanduk Kijang Bakut merupakan asbab penawar yang besar bagi penyakit kulit dan batu karang. Yang mana diminum akannya air rendaman tanduk.

Adapun tidaklah lari ia dari sisi mistiknya di dalam masyarakat Melayu. Dikatakan bahawa Tanduk Kijang Bakut menjadi sebab musabab atas pendamping alami. Yang tiadalah membawa akannya mudharat pendamping. Dan tiadalah ertinya isi-isian, melainkan tawarlah ianya pada yang tiada elok.

Asbab padanya penunjang ikatan pada pasangan berumah tangga. Pengerat kasih dan penunduk pasangan. Dan lainnya yang hanya mampu dikecap rasa oleh orang yang menjalani akannya sendiri. Insyaallah

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat-sahabat berminat. Item amat terhad bagi Tanduk Kijang Bakut ini. Dimaharkan dalam bentuk permata sahaja.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Tuesday, December 19, 2017

TASBIH CAMPUR (99 BIJI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH CAMPUR
99 BIJI

1. Teras Cendana
2. Teras Betik
3. Teras Tebu
4. Teras Gemunggal Bukit
5. Teras Raja Kayu Merah
6. Teras Asam Jawa (Celagi)
7. Teras Mempelas Putih
8. Teras Kemuning Hitam
9. Teras Kemuning Emas
10. Teras Laka (Teras Menang)

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








METEORITE EMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

METEORITE EMAS

Setiap pemahar sebelumnya mempunyai kisah tersendiri dalam pemakaian Meteorite Emas ini. Maka, pedoman mereka dikutip dan dikongsikan di ruangan terhad ini.

Diantara khasiat atasnya, mematah akannya ilmu seteru. Penawar sihir dan ilmu hitam. Tangkas akannya gerak dalam darurat. Pelepas saka secara alami, yakni terlucut ia saka dengan sendirinya.

Demikian halnya dalam membabaskan sesuatu musibah. Membawa ia maksud, tiadalah musibah itu diberatkan ghalib kejadian. Melainkan diringankan ia musibah.

Yang utama atasnya alami, iaitu asbab padanya pelaris dan kerezekian. Pemanis wajah dan seri dalaman. Penggerun bagi lawan dan diantara sebaik-baik pemagar diri.

Demikian itu titipan perjalanan orang yang telah melaluinya. Apakala demikian, selebihnya itu hendaklah dikembalikan akan izinNya. Pedoman leluhur dijadikan sebagai rujukan dan pengajaran diatas sebab musabab suatu anugerah alamiah Ilahi buat ummat manusia.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com