Sunday, September 15, 2019

TASBIH TERAS GARUK

Rehat terus ini hari. Tiga empat hari main dengan pening kepala. Adat berniaga apa pun. Ada masa tertunggu-tunggu orang membeli. Ada masa pula sampai nak melayan pun menyerah kalah. Letih.

Hari ini duk gilap barang hak orang tak jadi ambil. Bukan tak ambil terus. Tapi tukar dengan barang lain. Macam biasa. Deposit awal kira terbakar. Kira jadi upah melayan dan menyimpan. Tak boleh ikut cara Tok Bah. Tak payah buat urusan. Tok Bah malas nak ikut cara orang. Orang tu lagutu. Orang ni laguni. Buat pening sahaja. 

Teras Garuk saiz gergasi. Lebih besar dari Tasbih Teras Raja Kayu Hitam milikan peribadi Tok Bah dulu. 

Teras Garuk ni merupakan salah satu dari ramuan wangian. Tidaklah sewangi Gaharu. Namun, ianya mempunyai nilai tersendiri.

Adapun dalam kaedah rawatan dan pedoman Melayu tua. Teras Garuk dijadikan sebagai asbab ikhtiar dalam menghalang sihir dan santau. Selisih marabahaya dan selusuh buat ibu mengandung. 

Seperti Teras Gaharu. Teras Garuk juga dihentikan seketika pembuatan untuk permata dan tasbih. Kehabisan barang. Harap maklum.

Whatsapp : 0189010623


Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






No comments:

Post a Comment