Thursday, September 5, 2019

FOSIL TERAS LARAK

Saat ketika dalaman diri menolak wujud alamiah. Kerana bisikan hasutan was-was akan manfaatnya alamiah terhadap manusia. Secara tidak langsung menolak keinginan Dia yang memberikan alamiah ini sebagai peneman manusia. Dan ketika itulah wujud alamiah menunjukkan sedikit kehadiran mereka. Agar kita sedar mereka ada.

Suatu ketika. Dari jam 1700 berniaga sampai rapat jam 2200 malam. Satu gelas air pun tak terjual. Orang ramai lalu lalang macam tak perasan. Mungkin mereka tidak dahaga. Tidak mengapa. Tapi pelik. Tak pernah tak laris sampai begini. Setidaknya dua jam niaga, paling kurang dah 20 gelas laris.

Yang menjadi kekakuan pada diri. Sahabat rapat datang mahu lepak di tapak niaga pun telefon. Disoalnya “kata meniaga, tiada pun kau kat tapak niaga.” Sedang sahabat tersebut berdiri betul benar di hadapan tapak niaga.

Hanya sahaya disahut barulah sahabat tersebut sedar keberadaan. Dan orang ramai ada yang mula singgah membeli.

Usai berniaga barulah terlintas. Cincin di jari dari Teras Larak jadi batu. Semalaman sebelum, hati was-was pada pedoman leluhur akan khasiat larak salah. Perihal haknya sebagai pelimun darurat.

Teguran dari alamiah ghalibnya dalam menempuhi seharian kerja buat kita. Tidaklah terlalu mistik sampai berasap-asap. Sampai mimpi jumpa khadam. Sampai tertaksub membabi buta dengan khayalan.

Itu kisah diri Tok Bah. Sedangkan kita yang tuan empunya tongkol teras pun adakala diserang penyakit was-was. Apatah lagi sahabat-sahabat sekalian. Adapun kejadian seperti ini pada sesiapa. Sekehendak jadinya janganlah hingga terlucut iman di dada. Dek kerana bangga diri dan taksub.

Kembalikan segala kejadian pada izinNya. Kehendak jadi dari izinNya. Barulah tidak tergelincir kita dari landasan.

Gambar : Fosil Teras Larak

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










No comments:

Post a Comment