Wednesday, September 25, 2019

GELANG TERAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GELANG TERAS

Antara campuran teras tempahan sahabat.

TERAS KENAUN. Sedia maklum akan perihal teras ini yang baharu sahaja dikongsi beberapa hari lalu. Boleh dirujuk pada post lalu.

TERAS LAKA. Teras Laka atau Teras Menang disandarkan pedomannya akan kekuatan dan pembabas. Diyakini padanya penanggung akan intisari alam. Sebagai satu medium ketahanan tubuh dan urat saraf. Leluhur menyatakan, Teras Laka seringkali dijadikan pakaian diri dalam pertempuran. Dikatakan bahawa tiadalah tertanggung akannya penanggung pada sakitnya perbalahan, melainkan dikurangkan ia pada kadar semahunya.

TERAS BELURU. Beluru amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Sebagai satu alat mandian. Yakni dijadikan sebagai pengganti sabun mandian. Teras Beluru diturunkan bahawa akannya itu sebagai penguat semangat dan membawa ia resam ketahanan tubuh. Kebal kulit melalui bangkitan (Tok Bah tidak tahu bangkitan. Jadi usah ditanya lebih.) Dan padanya ia teras dibawa sebagai mandian sepertimana kulitnya Beluru. Dengan bilangan ganjil akan ia. Dan telah mujarab padanya orang berpenyakit kulit.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com










No comments:

Post a Comment