Siap seutas lagi Gelang Teras Kenaun. Tempahan sahabat. Dikesempatan ini ingin Tok Bah kongsikan perihal Kenaun. Pada kadar sepengetahuan Tok Bah.
Teras Kenaun atau pohon Kenaun tidaklah sama sekali tumbuh di Malaysia. Kebanyakan Kenaun tumbuh di Selatan Thai. Dikatakan bahawa Kenaun terbaik adalah Kenaun dari Pattani Darussalam. Kedudukan pedoman Teras Kenaun samalah ibaratnya Teras Kuping Besi yang ada di Malaysia ini.
Bagi pentegar teras kayu di tanah Ayutthaya, Teras Kuping Besi menjadi buruan. Sebaliknya kita disini mengimpikan akannya Teras Kenaun. Kerana masing-masing sukar untuk diperolehi di tempat masing-masing.
Capaian Tok Bah dalam pemilikan Kenaun ini adalah melalui pertukaran dengan Kuping Besi. Sekaligus permainan teras ini merentas kebudayaan antara dua bangsa. Melayu dan Siam. Suatu keunikan dalam halnya keberadaan alamiah.
Bagi bangsa alter terahsia ini, Teras Kenaun dijadikan sebagai permata, tasbih, hulu keris, hulu parang dan sebagainya berkaitan senjata. Kerana bersandar akannya sebagai penakluk musuh dan pembabas musibah.
Hikayat turunan warisan dari Siam mengatakan, tiada adanya perselingkuhan selagimana adanya Kenaun sebagai pengibu utama dalam pakaian diri. Melainkan antara seteru madu itu keduanya mempunyai akannya teras. Apakala itu, sekehendak izinNya bagi siapa yang akan mengatasi siapa. Wallahualam
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment