Batu Akik merupakan satu item yang menjadi buruan. Pencinta Akik terbahagi kepada beberapa kelompok. Ada peminat daging akik. Ada peminat yang bermain motif. Bahkan ada yang kerana kelembutan pada Batu Akik itu sendiri.
Adapun Akik itu berkat kepada kaedah pemakaiannya. Terutama Batu Akik dari tanah yang diberkati. Utamanya Yaman.
Penilaian keaslian akik biasanya dinilai pada kekerasannya. Iaitu kekerasan pada skala 7. Iaitu tergolong dalam kalangan batuan lembut dan tidak boleh ‘direbus’ untuk proses pencuciannya.
Sepanjang pengamatan Tok Bah terhadap Akik Yaman. Dan sepanjang pemilikan sekadar ada. Akik Yaman akan berubah sifat apabila sentiasa dipakai. Dari warna sedia ada ke warna yang lebih tua. Apakala ditanggalkan dan diabaikan buat beberapa waktu. Warna tua akan malap dan akan kembali menjadi warna sediakala.
Secara peribadi, Tok Bah mengklasifikasikan Akik Yaman sebagai batuan yang hidup.
Akik Yaman ini merupakan salah satu dari dua simpanan Akik Yaman milikan Tok Bah. Terdiri dari Akik Yaman Kabdi. Iaitu merah hati ayam. Mempunyai dua titik motif. Bab motif Tok Bah tak reti. Terpulang pada penilaian masing-masing.
Berminat boleh whatsapp. Nak ikat cincin sekali pun boleh. Akan dilayan. INSYAALLAH
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment