Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERMATA ZABARJAD
Zabarjad bukanlah dari kalangan peridot, zamrud, jed atau yang sama waktu dengannya. Bahkan tiadalah Zabarjad itu mempunyai warna yang lain. Selain berwarna hijau.
Pelbagai dalil dikeluarkan berkenaan Zabarjad ini. Bahkan terdapat didalam hadis2. Tok Bah tidak memuatkan hadis tersebut. Kerana masih mengkhuatiri darjat kesahihannya.
Jika dilihat secara mata kasar, Zabarjad hanyalah persis jed biasa. Namun, apabila disuluh. Akan menyerlah ia seperti keindahan Zamrud. Seakan kedua jed dan Zamrud ini terkombinasi bagi kewujudan Zabarjad. Sengaja Tok Bah tidak memuatnaikkan gambar yang disuluh.
Zabarjad ini merupakan diantara salah satu item kesayangan Tok Bah. Tiadalah berganti setakat hari ini.
Cincin Zabarjad Tok Bah ini telah melalui beberapa penawaran. Penawaran tertinggi setakat ini adalah RM20,500. Dan ianya masih belum bertukar milik.
Ini hanyalah diantara sekian item sulit milikan peribadi Tok Bah. Sekadar perkongsian. Tidak lebih dari itu. Insyaallah
Tok Bah
1 Rejab 1438
No comments:
Post a Comment