Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SEKADAR PERKONGSIAN
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud r.a, berkata Rasulullah saw :-
Rasulullah saw telah mengkhabarkan kepada kami bahawasanya Baginda saw adalah seorang yang benar lagi dibenarkan.
"Sesungguhnya setiap dari kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya selama empat puluh hari sebagai setitis air mani, empat puluh hari sebagai segumpal darah, empat puluh hari sebagai segumpal daging.
Kemudian diutuskan seorang malaikat kepadanya untuk meniupkan roh padanya, dan diperintahkan empat kalimah. Yakni menulis akannya malaikat perihal rezekinya, ajalnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya.
Demi Allah swt yang tiada Tuhan yang berhak disembah selainNya, sesungguhnya seorang dari kalian benar-benar beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antaranya dan syurga hanya sejengkal. Lalu takdir mendahuluinya, lalu dia beramal dengan amalan penduduk neraka lalu ia pun memasukinya.
Dan sesungguhnya seorang dari kalian benar-benar beramal dengan amal penduduk neraka, hingga jarak antaranya dengan neraka hanya sejengkal. Lalu takdir mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan penduduk syurga lalu ia memasukinya."
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
------------------------------------------------------
Gambar anak sulung Tok Bah berusia tujuh bulan. Adat kata ini sebenarnya cahaya mata kedua. Namun, Allah swt lebih menyayangi yang pertama. Cahaya mata pertama berangkat ke hadrat Ilahi semasa didalam kandungan.
Tiada kesedihan diatas ketentuan Ilahi. Melainkan ada sebab musabab Dia berkehendak sedemikian. Mungkin Tuhan ingin menguji kesabaran dan keimanan. Wallahualam
Keselamatan atasmu wahai cahaya mataku. Bermainlah seketika sebelum ketibaanmu untuk menjalankan amanah. Apabila tinta untukku telah terangkat, maka engkaulah penyambung warisan kelak.
Semoga segala ujian yang diberikan olehNya untuk kita, mengangkat darjat dan kedudukan kita semua untuk lebih dekat disisiNya. Insyaallah. Amin
Tok Bah
4 Jamadil Akhir 1438
No comments:
Post a Comment