Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
JELAJAH TOK BAH 2017
Jadual jelajah Tok Bah untuk tahun ini. Masih dalam peringkat awal perancangan. Bulan lalu, perjalanan ke Brunei Darussalam dibatalkan disaat-saat akhir. Kerana suatu halangan yang tidak dapat dielakkan.
Tidak seperti sebelum ini. Kali ini mungkin Tok Bah akan lakukan ziarah secara menyeluruh.
Tok Bah akan mempertimbangkan untuk menerbangkan bersama dua orang sahabat pemahar ke Sabah dan Sarawak. Untuk menemani Tok Bah disana. Insyaallah
Destinasi Sarawak yang paling utama adalah Long Kawa, Miri. Suatu tempat yang bersejarah. Ayahanda Tok Bah pernah menyangka Tok Bah telah mati disitu. Kerana tiga bulan lamanya Tok Bah terperangkap di hutan tebal tersebut. Tanpa sebarang khabar.
Semoga perancangan ini mendapat restu dariNya. Diizinkan Allah swt, agar kudrat ini mampu untuk melangkah lagi. Insyaallah
Tok Bah
26 Jamadil Akhir 1438
No comments:
Post a Comment