Wednesday, March 15, 2017

JALAN KEHIDUPAN 24

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SEKADAR PERKONGSIAN

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad saw. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” 
(Al-Ahzab : 56)

Banyak kitab menghuraikan perihal kelebihan berselawat. Diantaranya tercatit didalam kitab Al Jauhar Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub pada bab yang keempat :-

IAITU 10 KERAMAT ORANG BERSELAWAT

Melalui Syekh Al Fasi pada Syarhu Dala'ilil Khairat. Ketahui olehmu, bahawasanya bagi orang yang berselawat ke atas Rasulullah saw sepuluh karamah :-

-berselawat akannya oleh Malikul Jabbar
-disyafaatkan ia oleh An Nabi Al Mukhtar
-dilindungi ia oleh Malaikat Al Akhyar
-terlindung dari kemunafikan dan kekafiran
-dihapuskan kesalahan dan al auzar (dosa)
-bercahaya dan cemerlang zahirnya dan asrar (batinnya)
-kelepasan dari huru hara di negeri Darul Bawar
-dimasukkan ia akan negeri Darul Qarar
-mendapat salam daripada Tuhan Ar Rahim Al Ghaffar

Demikian 10 keramat yang dinyatakan. Adapun sebutan di dalam Hada'iq Al Anwar itu empat puluh satu kebaikan berselawat. 

Bersambung.....(jika diizinkan Allah swt. Insyaallah)


No comments:

Post a Comment