Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SEKADAR LUAHAN
Post ini Tok Bah lakukan sekadar luahan rasa.
Kebelakangan ini, beberapa orang sahabat pemahar yang pernah mengetepikan Tok Bah dilihat ingin melakukan 'U Turn'. Mengetepikan yang membawa maksud 'membuang' Tok Bah setelah kononnya bertemu dengan seller atau guru sejati. Guru yang mampu membimbing dari segenap segi. Kononnya.
Dari pihak Tok Bah sendiri, tiada istilah atau pengakuan tingginya nilai maqam ilmu. Tiada istilah tingginya ilmu. Tiada istilah aku mengetahui segala kebijaksanaan. Tiada istilah 'akulah guru yang perlu kalian rujuk segala sesuatu'. Melainkan dilayan sama rata sahaja. Sahabat dianggap sahabat. Sesetengah yang telah terlalu rapat, Tok Bah anggap sebagai keluarga. Tidak mengira latar belakang bangsa atau agama. Sama.
Bagi sahabat yang pernah bertemu mata dengan Tok Bah. Sememangnya pada awalannya sukar untuk mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Tok Bah. Lebih banyak berdiam diri. Namun, bagi yang sudah biasa bertemu, berjumpa dan beriadhah. Tahulah kalian bahawa terlalu sukar untuk menahan ketawa apabila Tok Bah berbicara.
Berbalik kepada perihal 'U Turn' yang segelintir sahabat ingin lakukan. Jangan sesekali membawa berita tentang seller atau tuan guru kalian tersebut pada telinga Tok Bah. Berita tentang keburukan utamanya. Tok Bah masih sama seperti dulu. Tidak berminat untuk mencampuri urusan orang lain. Muktamad.
Untuk sementara ini Tok Bah tidak mahu berurusan dengan kalian. Tok Bah masih dalam perihal merajuk. Tidak usah menempah apa2. Tok Bah tidak akan layan. Hingga sampai ketetapan dari Tok Bah.
Sebahagian sahabat yang buat pusingan 'U Turn' telah keluar dari blocklist Tok Bah. Dan telah Tok Bah accept kembali sebagai friend. Selamat kembali Tok Bah ucapkan. Kalau muka tidak malu. Tok Bah menjemput untuk komen di bawah😂
Diizinkan Allah swt, Tok Bah akan menjemput sahabat2 'U Turn' ini untuk bersama kita mengeteh. Meluahkan rasa masing2. Menjernihkan kembali segala kekeruhan lalu. Insyaallah
Dari pihak Tok Bah secara peribadi, Tok Bah hanya punyai rasa berkecil hati. Merajuk. Dendam atau marah itu tiada sama sekali. Jagalah ukhuwwah sebaiknya.
Tok Bah tidak pernah menghalang sahabat2 pemahar untuk berurusan dengan seller lain. Namun, ukhuwwah bersama Tok Bah ni jagalah. Jangan dirosakkan. Lebih2 lagi bagi sahabat yang telah diberi peluang kedua ini. Semoga kekal hubungan kita bersama. Insyaallah
Tok Bah
9 Jamadil Akhir 1438
No comments:
Post a Comment