Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
CENUAI RAMBUT, CENUAI AKAR, MINYAK KELAPA BUTA
Cenuai Rambut merupakan sejenis cenuai yang tumbuh di pergunungan. Melekat pulalah ia di celahan umbi pohon. Adapun milikan ini diperolehi dari celahan pohon Ratu Pari. Pohon yang berbau harum tatkala malam.
Cenuai Akar merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang tidak menumpang pada pohon lain. Hanya ia menjalar atas mukabumi. Tidaklah panjang, hanya pada kadar sejengkal setiap jalarnya. Terkadang tumbuh di celahan batu aliran air terjun. Amatlah jarang untuk menemuinya.
Minyak Kelapa Buta. Umum mengetahui tentang Kelapa Buta. Iaitu kelapa yang tidak mempunyai mata. Teramat sukar untuk ditemui. Kebelakangan ini, Tok Bah menemui orang yang menjual kelapa buta tiruan. Iaitu kelapa yang dibutakan matanya. Amat teliti buatannya. Maka, berhati-hatilah jika sahabat2 ada menjumpainya. Perihal Kelapa Buta boleh dirujuk pada posting lama Tok Bah. Rujuk di blog untuk memudahkan pencarian.
Ketiga-tiga item yang sukar diperolehi ini dikamilkan bersama. Mudahan ia menjadi asbab pakaian diri yang besar untuk sahabat2 yang berminat. Tiadalah adanya janji bulan dan bintang akan kesannya. Namun, alamiah tidaklah pernah diciptakan sekadar sia-sia olehNya. Terdapat kebaikannya untuk umat ini.
Antara perihal khasiatnya pada kadar pengetahuan Tok Bah. Asbab padanya ia sebagai sarana pengasih, pelaris, pemanis, susuk alami, wibawa diri, seri diri, penyekat, pendinding dan penguat kebatinan. Serta yang lainnya yang tidak sampai pada pengetahuan diri ini. Wallahualam
Sebarang urusan dan rujukan pameran :-
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment