Friday, March 31, 2017

TASBIH BAHA PUTIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH BAHA PUTIH
(LIMITED)

Adalah ia Baha Putih itu merupakan diantara sekian kaedah pemakaian diri pendekar2 terdahulu. Menjadi ia satu kehormatan pada si pemakai baha putih. Dek dikeranakan kesukaran untuk memilikinya.

Diantara hikmah dan hikmat akannya sebagai asbab ikhtiar. Padanya ia keampuhan diri si penanggung. Tidak tertolak dek musuh. Tidak terkalah dek hujah. Sepertinya ia baha putih ini dilambung2 alunan laut dalam. Tetap ia kukuh.

Demikian perihalnya selisih akan si penanggung dari marabahaya. Selamat akannya ia dari mati lemas. Serta ia dikuatkan tubuh badan. Mujarab ia pada permasalahan urat saraf dan ubatlah ia pada tenaga batin yang lemah.

Dari temurun diambil, bahawa padanya orang yang beramal. Diambil akannya fadilat si baha putih. Akannya ia tumbuhan laut. Pedoman ia memasinkan amalan. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com








Wednesday, March 29, 2017

ZABARJAD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERMATA ZABARJAD

Zabarjad bukanlah dari kalangan peridot, zamrud, jed atau yang sama waktu dengannya. Bahkan tiadalah Zabarjad itu mempunyai warna yang lain. Selain berwarna hijau.

Pelbagai dalil dikeluarkan berkenaan Zabarjad ini. Bahkan terdapat didalam hadis2. Tok Bah tidak memuatkan hadis tersebut. Kerana masih mengkhuatiri darjat kesahihannya.

Jika dilihat secara mata kasar, Zabarjad hanyalah persis jed biasa. Namun, apabila disuluh. Akan menyerlah ia seperti keindahan Zamrud. Seakan kedua jed dan Zamrud ini terkombinasi bagi kewujudan Zabarjad. Sengaja Tok Bah tidak memuatnaikkan gambar yang disuluh. 

Zabarjad ini merupakan diantara salah satu item kesayangan Tok Bah. Tiadalah berganti setakat hari ini.

Cincin Zabarjad Tok Bah ini telah melalui beberapa penawaran. Penawaran tertinggi setakat ini adalah RM20,500. Dan ianya masih belum bertukar milik. 

Ini hanyalah diantara sekian item sulit milikan peribadi Tok Bah. Sekadar perkongsian. Tidak lebih dari itu. Insyaallah

Tok Bah
1 Rejab 1438






CINCIN BESI MERIAM PECAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CINCIN BESI MERIAM PECAH
FULLSILVER SIZE 21

Perihal Besi Meriam Pecah boleh dirujuk di link dibawah. 

*Komen PM tidak akan dilayan*

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : http://daricetusanmindaku.blogspot.my/2016/11/besi-meriam-pecah.html?m=1










Tuesday, March 28, 2017

ANTARA CUBAAN, DUGAAN, CABARAN DAN UJIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ANTARA CUBAAN, DUGAAN, CABARAN DAN UJIAN

Bangsal tempat mencari rezeki selama ini runtuh ditimpa ribut. Hujan yang renyai2 petang kelmarin tidak disangka menjadi ribut pada lewat tengah malam. 

Banyak tempahan sahabat2 yang hampir siap terpelanting entah kemana. Permohonan maaf sebesar-besarnya buat sahabat2 yang masih menunggu. Suatu kesalan timbul dihati Tok Bah.

Sekarang, bermula dari bawah kembali. Pembinaan baru akan dilakukan. Tempahan sahabat2 akan diusahakan secepat mungkin. 

Harapan Tok Bah agar sahabat2 sabar menunggu. Tok Bah sekali lagi memohon kemaafan. Semoga kejadian ini membawa seribu satu rahmat yang tersembunyi. Insyaallah

Jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghulurkan bantuan bagi memindahkan item2 yang berteraburan. Amat terharu di hati ini. Wallahualam

Tok Bah
29 Jamadil Akhir 1438






Monday, March 27, 2017

CENUAI RAMBUT, CENUAI AKAR, MINYAK KELAPA BUTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CENUAI RAMBUT, CENUAI AKAR, MINYAK KELAPA BUTA

Cenuai Rambut merupakan sejenis cenuai yang tumbuh di pergunungan. Melekat pulalah ia di celahan umbi pohon. Adapun milikan ini diperolehi dari celahan pohon Ratu Pari. Pohon yang berbau harum tatkala malam. 

Cenuai Akar merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang tidak menumpang pada pohon lain. Hanya ia menjalar atas mukabumi. Tidaklah panjang, hanya pada kadar sejengkal setiap jalarnya. Terkadang tumbuh di celahan batu aliran air terjun. Amatlah jarang untuk menemuinya. 

Minyak Kelapa Buta. Umum mengetahui tentang Kelapa Buta. Iaitu kelapa yang tidak mempunyai mata. Teramat sukar untuk ditemui. Kebelakangan ini, Tok Bah menemui orang yang menjual kelapa buta tiruan. Iaitu kelapa yang dibutakan matanya. Amat teliti buatannya. Maka, berhati-hatilah jika sahabat2 ada menjumpainya. Perihal Kelapa Buta boleh dirujuk pada posting lama Tok Bah. Rujuk di blog untuk memudahkan pencarian.

Ketiga-tiga item yang sukar diperolehi ini dikamilkan bersama. Mudahan ia menjadi asbab pakaian diri yang besar untuk sahabat2 yang berminat. Tiadalah adanya janji bulan dan bintang akan kesannya. Namun, alamiah tidaklah pernah diciptakan sekadar sia-sia olehNya. Terdapat kebaikannya untuk umat ini. 

Antara perihal khasiatnya pada kadar pengetahuan Tok Bah. Asbab padanya ia sebagai sarana pengasih, pelaris, pemanis, susuk alami, wibawa diri, seri diri, penyekat, pendinding dan penguat kebatinan. Serta yang lainnya yang tidak sampai pada pengetahuan diri ini. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com









TERAS PENUNDUK HITAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS PENUNDUK HITAM

Diantara salah satu pakaian diri yang menjadi kegemaran Tok Bah.

Sebarang urusan dan rujukan pameran :- 

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, March 25, 2017

POLISI TOK BAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

POLISI TOK BAH
(RE-POST)

Adalah ini sebagai makluman buat sahabat2 yang baru hendak mengenali dan baru hendak berjinak dengan Tok Bah.

Pertamanya, sahabat yang berniat hendak menempah item. Hendaklah ketahui. Bahawa tempahan hanya dibuat selepas pembayaran. Diulangi. Tempahan hanya dibuat selepas pembayaran. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes joybuyer atau joylocker. 

Kedua. Setiap tempahan yang dilakukan. Tujuh hari masa dipasak untuk disiapkan. Jika siap awal, akan segera dimaklumkan. Jika terlewat, juga akan dimaklumkan.

Ketiga. Adalah dimaklumkan sebaiknya. Tok Bah tidak berminat sama sekali untuk berbahas atau melayan karenah yang merugikan masa. Kesimpulannya, Tok Bah akan block terus golongan ini. Polisi block telah banyak kali diulaskan sebelumnya.

Keempat. Setiap post Tok Bah telah dihurai panjangkan penerangan berkenaan sesuatu item. Jika tiada penerangan, link ke blog akan disertakan. Baca dan fahami. Bagi mengelakkan sahabat2 bertanya sesuatu yang telah sedia dihurai. Berusahalah menjadi bangsa yang suka membaca.

Kelima. Sesetengah item, Tok Bah akan highlightkan 'komen pm tidak akan dilayan'. Maka ketahuilah, item2 sebegitu amat dijaga nilainya. Terutama item yang dinilaikan sebagai antik. Jika benar berminat, boleh terus whatsapp Tok Bah.

Keenam. Elakkan membuat panggilan telefon. Seharian Tok Bah boleh dikatakan amat sibuk. Sebarang keinginan. Boleh whatsapp atau messenger. Lambat atau cepat. Tok Bah tetap balas. 

Akhir kalam, adalah ini polisi yang digariskan. Mohon maaf andai ada yang kurang menyenangi. 

Wallahualam

Tok Bah

JELAJAH TOK BAH 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

JELAJAH TOK BAH 2017

Jadual jelajah Tok Bah untuk tahun ini. Masih dalam peringkat awal perancangan. Bulan lalu, perjalanan ke Brunei Darussalam dibatalkan disaat-saat akhir. Kerana suatu halangan yang tidak dapat dielakkan. 

Tidak seperti sebelum ini. Kali ini mungkin Tok Bah akan lakukan ziarah secara menyeluruh. 

Tok Bah akan mempertimbangkan untuk menerbangkan bersama dua orang sahabat pemahar ke Sabah dan Sarawak. Untuk menemani Tok Bah disana. Insyaallah

Destinasi Sarawak yang paling utama adalah Long Kawa, Miri. Suatu tempat yang bersejarah. Ayahanda Tok Bah pernah menyangka Tok Bah telah mati disitu. Kerana tiga bulan lamanya Tok Bah terperangkap di hutan tebal tersebut. Tanpa sebarang khabar.

Semoga perancangan ini mendapat restu dariNya. Diizinkan Allah swt, agar kudrat ini mampu untuk melangkah lagi. Insyaallah

Tok Bah
26 Jamadil Akhir 1438


Thursday, March 23, 2017

TERAS CELAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS CELAGI / TERAS ASAM

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Wednesday, March 22, 2017

IKLAN TAMBAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sedikit lari dari topik. Masihkah sahabat2 ingat ketika Tok Bah membuat lawatan mengejut ke negeri-negeri di selatan tanah air? Motor inilah yang menjadi tunggangan Tok Bah selama beberapa hari. 

Hari ini, pemilik asalnya a.k.a brother in law Tok Bah menyatakan bahawa motor ini ingin dijual. Dikeranakan faktor kehadiran BMW K 1600 B. Beliau tidak dapat untuk berlaku adil bagi keduanya. Maka, perlu dilepaskan sebuah darinya.

Jika ada sahabat2 yang berminat. Dipersilakan untuk whatsapp atau terus call nombor yang diberikan. Perkenalkan diri dan nyatakan bahawa kalian adalah sahabat Tok Bah. Mudahan dapat diskaun lebih😂😂😂😂

Kawasaki ER6N 650cc

Lokasi semasa : Jasin, Melaka

Silakan untuk menghubungi beliau :-

Mr. Zulhairen / Zul
0173741219
0173741219
0173741219



Tuesday, March 21, 2017

SEKADAR LUAHAN

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sahabat dirindui semua,
Perkongsian dihentikan buat seketika,
Kerana tempahan belum bertitik tunda

Duhai jasmani terlalu kekenyangan,
Hingga lupa rohani kelaparan,
Tok Bah ingin berehat moga diizinkan,
Pening kepala sakitnya badan

Setiap hari melayan karenah,
Perangai manusia membuatku marah,
Dimaki hamun satu fitrah,
Siapa terkena jangan merajuk sudahlah

Berurusan pula biarlah beradab,
Perlu ditanya silakan sahaja,
Soalan bodoh janganlah diangkat,
Kelak dimaki tawarlah baja 

Tok Bah ini bukanlah garang,
Membuang masa itu pantang,
Fikir dahulu apa dimahukan,
Himpun sekali senang diperkirakan

Sepuluh jari diangkat sembahkan,
Maaf dipinta dari kalian,
Jika terasa atas perbuatan,
Moga bersama dalam kerahmatan

Jika sahabat ingin berurusan,
0182549012 whatsapp Tok Bah silakan,
Jika sahabat ingin melihat pameran,
daricetusanmindaku.blogspot.com dipersilakan,
Dipanjangkan umur kita berurusan,
Insyaallah cantik aturan Tuhan


Sunday, March 19, 2017

TERAS LAKA / TERAS MENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TERAS LAKA / TERAS MENANG

Diantara khasiat yang diperkatakan atasnya. Antaranya sebagai ketahanan kulit. Pakaian utama bagi orang2 bergelanggang zaman dahulu. Diamalkan minum air rendaman pada kiraan tegukan ganjil. Air rendamannya disapu seluruh tubuh. Mujarab untuk kesihatan. Insyaallah 

Leluhur zaman menurunkan diantara jalan pedoman yang telah dilalui. Dipermudahkan atasnya urusan si penanggung. Asbab padanya sebagai pendinding dan pemagar diri. Tidaklah mendekat orang yang berhasad melainkan meremuklah ia hasad. Wallahualam

Sebarang urusan dan rujukan pameran :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com