Wednesday, December 28, 2016

SUATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sahabat2 yang telah mengenali Tok Bah mungkin telah sedia maklum. Akan pandangan Tok Bah pada barang2 penarikan dan permohonan. Yang mana Tok Bah menolak sekerasnya fahaman penarikan dan permohonan. Yang tumbuh bagaikan cendawan. 

Ada diantara mereka yang mendakwa permohonan dilakukan oleh guru mereka. Penarikan alam ghaib oleh guru mereka. Jadinya kerja sang guru tersebut hari2 adalah bertapa dan bermohon. Bunian campak batu, kemudian masukkan dalam fb untuk dimaharkan. Semudah itukah? Semurah itukah? Gunakanlah akal wahai sahabat sekalian. Jangan diperbodohkan dengan penceritaan yang melangit tingginya.

Begitu juga istilah pengisian. Khadam itu, khadam ini. Jual khadam semudah menjual ikan dipasar. Berapa ekor mahu? Khadam apa mahu? Khadam selayang? Khadam tenggiri? Khadam siakap? Khadam mabuk minum brandi?

Yang mana mendakwa item-item mereka hasil pertapaan, jujurlah pada diri sendiri. Cuba la pergi berikat tapa, bersuluk, beruzlah menjauhi keramaian & riuh rendah, hiruk pikuk isi kota. Usah kata 41 hari atau 100 hari, kebarangkalian besar tak sampai sehari dah berangkat pulang.

Orang dulu-dulu yang benar ilmunya, bertapa dengan dipenuhi pelbagai ujian & 'kesudian' yang mendatang. Hasilnya terkadang cuma sebentuk Geliga. Itu pun untuk pakaian hak dirinya sendiri. Kecuali jenis Geliga yang diperolehi secara anugerah alami semulajadi.

Orang sekarang bertapa dalam bilik berhawa dingin, atas katil. Menghadap FB. Alih2 dapat barang sakti itu, barang hikmat ini. Lalu nama-nama khadam yang sedap didengar pun direkacipta. Pemahar yang tertutup, tertudung & terkunci mindanya pun terapung2 di awangan penceritaan alam ghaib khayalan.

Video penarikan berdurasi pendek ini Tok Bah tidak tujukan pada sesiapa. Jangan terasa. Jangan panas muka. Jangan panas telinga. Sekadar hiburan. Tok Bah pun pandai menarik barang dari alam ghaib. Ini buktinya. Siap dapat batu bukit dan batu leleh lagi. Tarik guna tali sahaja. Tidak perlu bunian jin bagai.😂😂😂😂

Tok Bah
29 Rabiul Awwal 1438


No comments:

Post a Comment