Sunday, December 11, 2016

SEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH SAW

12 Rabiul Awwal datang lagi. Maka, berkumandanglah langit akan suara2 kisah perjuangan Rasulullah saw. Disegenap tempat. Disegenap ceruk. Disegenap speaker masjid dan surau. Berkumandang dengan nama sang kekasih ummah. Kanak2 berlarian bermain di tangga masjid. Sambil mengalunkan selawat keatas junjungan besar Baginda saw.

Begitu hebatnya peribadi Nabi Muhammad saw ini. Penutup segala kerasulan dan kenabian. Maka, hibalah hati manusia yang punyai keimanan. Kerana merindui kekasih ummah yang dicintai ini. Dan bergembiralah sebahagian manusia yang lain. Kerana teringat akan satu petikan sabda Baginda saw bahawa

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak anak dan orang tua mereka." (Hadis)

Rasulullah saw mengangkat darjat ummat akhir zaman ini sebagai 'saudara' dan bukan 'sahabat'. Suatu keistimewaan untuk kita semua. Dan Baginda saw amat merindui untuk bertemu dengan ummat akhir zaman yang mencintainya. Iaitu kita. Kitalah ummat akhir zaman yang disebut didalam hadis Baginda saw.

Wahai sahabat Tok Bah yang dikasihi,

Sesungguhnya Rasulullah saw tidak lah membiarkan ummat ini sia2. Tanpa meninggalkan satu platform singkat atau jalan pintas untuk mendapat mandat syafaat. Dikeranakan kecintaan Rasulullah saw kepada kita. Maka Rasulullah saw bersabda, melalui riwayat At Thabrani

"Barangsiapa berselawat padaku waktu pagi 10 kali dan waktu petang 10 kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat."

Hadis ini sebuah jaminan wahai sahabat sekalian. Jaminan dari Rasulullah saw. Sudah pasti tidaklah menjadi suatu bebanan akannya perihal berselawat.

Selawat merupakan suatu amalan ringkas yang besar manafaatnya. Selawat adalah suatu amalan yang tidak ditapis sama sekali perjalanan amalnya kelangit. Tiada sekatan untuk amal mereka yang berselawat. Demikian keistimewaan yang diperoleh oleh ummat ini. Hingga dicemburui kita oleh ummat sebelumnya. Beruntunglah. Beruntunglah. Beruntunglah.

Akhir kalam, jangan biarkan hati kita mempunyai penyakit cinta bermusim. Malam ini kita menangis kerana hiba dan kerinduan. Esok kita melupakan sirah Rasulullah saw. Jangan wahai sahabat. Sentiasalah membawa kerinduan ini bersama. Di mana sahaja. Bila2 masa dan ketika. Semoga setiap titisan kerinduan ini menjadi saksi kelak di balai keadilan Allah swt. Sekaligus menjadi pendinding dari kemurkaan Ilahi. Semoga setiap selawat yang dilafadz, menjadi gugusan cahaya keselamatan untuk kita semua. Wallahualam

Tok Bah
12 Rabiul Awwal 1438

No comments:

Post a Comment