Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PERKONGSIAN
Ramai mengatakan Teras Gemunggal dikatakan tersebut di dalam kitab Tajul Muluk. Benarkah?
Maka carilah sendiri kebenarannya. Jangan sekadar search Google. Jangan sekadar copy paste. Cari kitab. Mengadaplah guru. Belek satu mukasurat ke satu mukasurat. Jangan jadi umat pemalas. Hanya menunggu disuap. Berfikir malas. Mengaji malas. Nak tunjuk pandai laju.
Andaikan Tok Bah mengatakan. Tidak ada sepatah ayat didalam Tajul Muluk mengatakan perihal gemunggal. Apa yang kalian akan katakan? Hendak bukti? Mengaji sendirilah.
Dikeranakan majoriti sahabat2 Tok Bah berbangsa Melayu. Tok Bah berbesar hati mengambil serangkap pantun tua. Tok Tua pernah berpantun. Perihal bangsa Melayu ini.
Cerdik Melayu kerana ilmu,
Bodoh Melayu seperti lembu,
Gagah Melayu kerana pedoman,
Lemah Melayu kerana ikutan
Wallahualam
Tok Bah
01/12/2016
Mood bercuti
No comments:
Post a Comment