Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
KAIN LIMAR ASLI
(ANTIK, LIMITED)
Kain Limar atau lebih dikenali sebagai Kain Cindai. Keduanya adalah berbeza walaupun dari sutera yang sama. Kain Limar warnanya hanya seakan merah dan coklat. Tidak seperti halnya Kain Cindai, yang merangkumi pelbagai warna. Namun, dikeranakan meraikan 'pendapat ramai'. Maka, Kain Limar dianggap sama sepertinya kain cindai.
Kain Limar pada zaman dahulu dianggap sebagai pakaian orang2 besar dan berada. Tidak untuknya orang kebanyakan. Adapun para pendekar menyelitkan Kain Limar ini di dalam baju perang, bagi menghadang tusukan senjata musuh. Kain Limar juga punyai daya ketahanan api. Diulangi. DAYA KETAHANAN API. Yang tidak bermaksud kalis api.
Ilmu Tua mengatakan, Kain Limar juga dijadikan sebagai pendinding diri. Penawar bagi masalah kulit. Serta peningkat darjat.
Pemilikan Tok Bah ini adalah suatu tinggalan asli leluhur terdahulu. Bukanlah dari tenunan baharu. Jauh sekali item yang dikategorikan sebagai 'item kontena'.
Suatu perkara yang menarik mengenai perihal Kain Limar ini. Terdapatnya tenunan emas disetiap jalurannya. Rujuk gambar dua terakhir. Suatu perkara yang unik dan sukar untuk diperolehi.
Permaharan didalam ukuran inchi. Mahar mampu milik bagi setiap inchi. Insyaallah
Seperti kelaziman, item Tok Bah yang dikategorikan sebagai 'antik'. Komen PM tidak akan dilayan sama sekali. Bagi mengekalkan nilai antiknya. Sahabat yang benar berminat. Silakan terus whatsapp atau messenger.
Whatsapp : 0182549012
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment