Tuesday, December 20, 2016

JALAN KEHIDUPAN (18)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Buat sahabat diraikan semua,
Sekadar ingin bersandiwara,
Kelak diterima tersenyumlah duka

Adalah ia suatu dinanti,
Ilmu baharu kian mendekati,
Perjalanan jauh mungkin diulangi,
Saat tibanya akan kembali

Zikirlah wahai hati,
Sedetik hanya walau lupa akanmu mati,
Basahilah hatimu dengan keindahan Ilahi,
Walau sesaat cuma selami

Duhai sahabat2ku,
Tiba saatnya berangkatlah diriku,
Kala itu doakan aku,
Sedetik doamu menyenangi diriku

Ilmu bertukar tanpa disengaja,
Hanya kerana tulisan ulama',
Betapa sujud hatiku gembira,
Hanya kerana puisi umara'

Tok Bah
20 Rabiul Awwal 1438

No comments:

Post a Comment