Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PANTANG AMAL 41
Seperti dijanjikan sekira berkesempatan. Makanya ini kesempatan. Perihal Amalan 41 hari. Pada kebiasaannya amalan ini merupakan amalan berpantang. Pantang setelah diterima dan dimulai sesuatu ilmu.
Antara contoh berpantang ialah berpantang akan makanan. Tiadalah boleh dicicip makan tumbuhan menjalar semisalnya. Selama masa 40 hari matang ilmu dan 1 hari khatam ilmu. Andai terlanggar pantang, hendaklah dimulai kembali dari hari pertamanya.
Adapun ghalib pantang makan itu tertumpu padanya tumbuhan menjalar. Berpedoman ia ketidakkukuhan tumbuhan ini terkait dengan pengukuhan dalam tempoh kematangan amal. Dengan demikian menjadi ia suatu larangan.
Sesetengah pelanggaran pantang membawa kepada luruh sanad. Yakni sanad asal juga hendaklah diterimaijazah kembali sebelum memulakan semula tempoh pantang amal.
Apakala ini berkehendak ia dalam mendisiplinkan diri. Akannya mengawal amarah nafsu sekaliannya.
Peribadi diri telah melihat sekian dari sekian manusia dalam memulai pantang amal sebegini. Bab makanan sekadar makanan menjalar sahaja begitu ramai gagal memenuhi tuntutan. Makanya apatah lagi sekalian nafsu lainnya. Terutama akan hawa nafsu. Nafsu paling sedap diantara sekalian nafsu. Astaghfirullah
Adapun pula sebahagian dari kitab-kitab hanyasahaya menyebutkan perihal Pantang Amal hanyalah sekitar 40 hari. Tiadalah disebut hari khatamnya. Apakala itu hendaklah melalui jalan menuntut dan berguru. Bukan hanya sekadar membaca dari kitab. Secara amnya, kitab tidak pernah tertulis secara penuh akan etika dan tataamal. Kerana berkehendak ia setiap dari yang alim itu agar tiadalah manusia bermalasan.
Tiadalah pula ketidakmujaraban atasnya pengamal Pantang 40. Lengkap jualah kiranya. Namun, akan ada rasa kekosongan jauh disudut hatinya. Sempurna dalam kecacatan. Seumpama buah yang masak akan tetapi tiadalah ranumnya. Rasanya tetap sedap. Tetapi kurang nikmat. Demikian itu pelengkap atas suatu cabang ilmu.
Pantang Amal mendidik diri bagi membentuk jatidiri. Dengan semudah pantang. Namun tetap sukar dipenuhi tuntutan. Kerana itu hendak ada sabarnya. Perlu ada ilmunya. Sedang punca dari segala ini hendaklah dituntut dan didoa akannya perihal beradab dan beradat. Tanpa ADAB & ADAT ini, tiadalah gunanya ilmu melainkan sekadar ilmu penat. Wallahualam
Gambar senarai tasbih 41
TASBIH TANDUK LEMBU MATI BERANAK (LIMITED)
TASBIH TERAS KENAUN
TASBIH TULANG UNTA
TASBIH TULANG HARIMAU (LIMITED)
TASBIH BATU LELEH
No comments:
Post a Comment