Friday, May 15, 2020

LEMBING DAUN SIREH

Tidak semua Lembing dibuat tusukan. Sama seperti tidak semua Keris dibuat bertikam. Persis tidak semua Badik dibuat genggaman. Ada kaedahnya. Ada petandanya. Ada kemahuan ilmu disebaliknya. Bukan sekadar reka. Buat berperang. Tidak. Datuk nenek moyang kita bukan sebodoh itu. 

Ada pedoman disebalik cerita. Ada panduan disebalik karya asahan. Ada ilmu kasar halusnya di sebalik penciptaan.

Sebab tu kena mengajilah sedikit sebanyak. Jangan duk pukul rata. Kang nanti jadi macam kes keris selit dulu ingat? Konon orang hantar keris selit tu sebab nak bunuh dia. Keris selit ni untuk apa tuan-tuan? Hak nikah dah tahulah. Tu pun kalau nikah naik pelamin. 

Sebab tu bila bangsa lain nak bodohkan kita dengan senjata kita sendiri susah. Dia nak tunjuk pandai susah. Dan kita sebagai pewaris bangsa. Jangan abaikan ilmu bangsa sendiri. Kelak kita sendiri tidak berilmu. Lagi susah.

Lembing Daun Sireh contohnya merupakan salah satu Lembing yang tidak digunakan untuk berperang. Hadirnya sebagai suatu 'azimat' pematah serangan musuh. Juga sebagai pelindung terhadap kubu yang dipertahankan. Kebiasaan Lembing Daun Sireh akan diletakkan ditengahan susunan Lembing Daun Buluh tika peperangan. Dan salah satunya dibelakang tampuk duduknya raja-raja. Simbolik kekebalan terhadap kekuatan musuh.

Versi selepas kedatangan Islam terhadap senjata-senjata dahulu ada tartilnya. Terutama terhadap senjata yang dikategorikan sebagai 'pakaian diri'. Dengan dimasukkan dan disusukkan ayat-ayat suci ke setiap darinya. Bagi meraikan berkat. Meraikan semangat dalaman. Bangkitan yang membawa jatidiri.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment