Sambil tunggu waktu berbuka. Sambil nak kongsi sedikit milikan peribadi. Sambil nak ceritalah sedikit sebanyak sepengetahuan.
Batu Petir sudah beberapa kali Tok Bah muatnaikkan perihalnya. Dari mana datangnya. Untuk apa fungsinya. Telah banyak kali jualah seingat di akal fikiran. Dari Petir Kapak, Petir Putih hinggalah jenis Batu Petir lainnya. Itupun pada kadar sedikit dari milikan. Bukan bertimbun-timbun. Kerana daya akal sederhana pun dapatlah memikirkan kesukaran untuk mendapatkannya.
Tasbih Batu Petir milikan Tok Bah inipun ambil masa lebih kurang lima tahun untuk dicukupkan 41 butir bijinya. Tergendala dek kerana ketiadaan warna irasan. Sedikit demi sedikit himpun baru siap.
Keseluruhan Tasbih Batu Petir ini adalah terdiri dari jenis Batu Petir Kapak seperti di gambar. Seingat ingatan. Lebih dari sepuluh rough Lintar Kapak digunakan untuk penghasilan 41 biji tasbih seutas ini.
Dan berapa nilainya jika ingin dijual? Tidaklah mengondem item orang lain. Cuma sekadar dibawa menjadi persoalan. Sesuatu yang begitu sukar ditemui. Mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan. Dijual dengan nilai puluhan untuk seutas. Perkara ini pernah diusulkan oleh sahabat pemahar. Kerana itu Tok Bah membuat sedikit perkongsian.
Sekadar dari pengalaman serta perjalanan diri. Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa. Maaf andai ada yang terasa.
*Kiraan 41 adalah kiraan dari Pantang Amal. 40 hari pantang. 1 hari khatam. Pantang Amal pernah dinaikkan perihalnya. Akan diulangi semula jika keadaan mengizinkan. Insyaallah
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment