Tuesday, November 1, 2016

PERMINTAAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PERMINTAAN SAHABAT

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Setinggi2 penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada sahabat2 pemahar sekalian.

Adapun status ini diberi gelar 'PERMINTAAN SAHABAT'. Permintaan sahabat dan pendapat sahabat. Amat Tok Bah titikberatkan. Adapun permintaan ini adalah berkaitan hadiah iringan.

Kebiasaannya, hadiah iringan hanya diberikan satu sahaja kepada sahabat pemahar. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Walaupun item yang ditempah melebihi satu. Iringan hanyalah satu sahaja.

Dek kerana ada sahabat2 yang suka 'bermanja' dan tak tahu malu. Meminta agar hadiah iringan bagi setiap satu tempahan. Tok Bah berasa sudi untuk memperkenankannya. Untuk semua sahabat. Tiada pilih kasih.

Pun demikian, iringan tersebut adalah mengikut citarasa Tok Bah. Iringan tidak boleh sama sekali 'diminta' mengikut citarasa masing2. Boleh bangkrap Tok Bah kalau mengikut citarasa masing2.

Sekian dahulu bicara dikali ini. Setiap patah perkataan di status ini tidak membawa erti diskriminasi. Hanyalah sebagai solusi. Demi kebaikan hubungan bertoleransi.

Tok Bah
01/11/2016

No comments:

Post a Comment