Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
SATU PERKONGSIAN
Firman Allah swt :-
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.- (Al Isra : 44)
Demikian suatu petikan dari ayat Al Quran yang mulia. Tiap suatu ciptaan Ilahi tidaklah punyai kesia-siaan. Melainkan adanya tugasan masing2. Mengikut apa yang dikehendakiNya. Masing2 mempunyai asbab mencari kesempurnaan diri. Baik ia binatang2, atau tumbuhan atau batuan. Lebih lagi manusia.
Demikian padanya hikmah dan hikmat batu-batuan, teras-teras kayu. Besi dan lainnya. Yang ada kesesuaian dan kebaikan bagi kehendak diri manusia. Dek kerana itu, sunnah ia untuk dipakai. Kerana bertasbihnya mereka (batu, kayu, besi), menjelaskan sifat hubungan dua hala antara kita dan alami. Amal kita sebagai manusia, dicantum, dikamil, diasah, disatukan bersama amal mereka (batu, kayu, besi dll). Maka inilah satu keterhubungan yang hanya difahami bagi mereka yang diberi rezeki faham.
Apakala kita manusia, menanggung ia alami. Atau memakai ia sebaiknya. Maka, sentiasalah kita beriringan dengan tasbih dan doa mereka. Demikian itu batu bukan sekadar batu. Teras bukan sekadar teras. Besi bukan sekadar besi. Dan lainnya.
Diatas semua perihal ini wahai sahabat yang dikasihi. Tidaklah membawa maksud kita bergantung kepada mereka. Tidaklah membawa erti kesyirikan. Namun, diambil berkat 'zikir yang tidak kedengaran'. Yang diucap ucap oleh mereka. Demikian itu, fahamlah bagi orang yang memahami.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat sahabat2. Andai ada tersalah bahasa. Mohon maaf Tok Bah pintakan. Sekian.
*Gambar hiasan. Tidak untuk dijual.
Tok Bah
07/11/2016
No comments:
Post a Comment