Saturday, November 19, 2016

MAKLUMAN (7)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit panjang untuk kali ini.

MAKLUMAN

Pertamanya, kepada sahabat2 yang menempah gelang. Tempahan kalian masih dalam proses. Belum sempat disiapkan. 4, 5 orang yang masih dalam penantian. Tempahan kalian adalah tempahan terakhir Tok Bah ambil. Dan tempahan gelang akan direhatkan seketika. Tok Bah mohon maaf atas kelewatan ini.

Keduanya, bagi sahabat2 yang ingin mengunjungi 'teratak buruk' Tok Bah. Utama yang bermain nilai antik. Janganlah membawa terlalu ramai orang. Teratak Tok Bah ini kecil sahaja. Kesian Tok Bah kalau teratak ni runtuh. Beberapa hari yang lalu, ada 'satu' puak. Sampai sepuluh orang datang. Nak bernafas pun lemas ye. Kena pula semua merokok. Harap sahabat2 maklum. Maklumkan awal sehari jika mahu mengunjungi. Setiap perbincangan diadakan diruangan solat. Yang hanya mampu menampung 3-4 orang sahaja dalam satu2 masa. Semoga memahami keadaan ini.

Ketiganya, jika ada diantara kalian menghubungi Tok Bah. Masuk voicemail, mesej tak dapat, whatsapp tak dapat. Itulah tanda kalian telah diblock. Orang2 yang Tok Bah block merangkumi banyak cabang. Terutama yang suka menunda janji dan tin kosong.

Keempat, berkenaan tempahan permata. Seperti yang selalu diulang2. Tempahan hanya dilakukan setelah pembayaran. Tiada istilah buat dulu bayar kemudian. Samada orang persendirian. Mahupun dropship agent. Tok Bah layan sama. Orang putih cakap, 'no money no talk'. Itu muktamad.

Kelima, adalah sesuatu yang Tok Bah kurang gemari. Item seller lain dirujuk pada Tok Bah. Tok Bah tidak berminat sama sekali mencampuri urusan item orang lain. Jika rasa yakin, berurusanlah. Jika rasa was2. Cari seller lain.

Keenam, segala perihal sesuatu telah tertulis panjang lebar bagi setiap item. Cuma tinggal untuk direnungkan, difikirkan dan dimuktamadkan kemahuan. Beberapa hari lalu. Salah seorang sahabat ada bertanya pada Tok Bah. Perbandingan 'aura' item mana yang lebih bagus. Teraskah, batukah atau besikah. Mahu yang terbaik diantara terbaik. Dengan nilai RM50 kebawah. Sahabat tersebut telah selamat diblock dengan aman.

Terakhir, Tok Bah memohon kemaafan andai ada tersalah bicara didalam penulisan ini. Mohon maaf kepada yang kurang setuju dengan pendirian, pendapat dan pandangan Tok Bah. Semoga kita semua dilimpahkan kurnia dan rahmat dariNya. Insyaallah

Tok Bah
19 Safar 1438

No comments:

Post a Comment