Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
LEMBING DAUN BULUH SEJENGKAL
Makanya telah disebut, hikayat perang di zaman dahulukala. Apakala bertempur itu, padanya lembing daun buluh. Tiadalah adanya lembing lain digunapakai.
Leluhur zaman menurunkan. Tidaklah hadam suatu peperangan. Melainkan banyaknya memakan korban. Jandalah si isteri jelitawan. Yatimlah si anak kecilan. Meranalah keluarga sekalian.
Maka berkumpullah para bijaksana. Menyisih ilmu disatukan bersama. Untuk mencegah kira adanya. Azimat perang untuk diguna. Tercipta ia dari air tangan orang berbisa. Pandai Saras diberi nama.
Adapun Lembing Daun Buluh Sejengkal ini, tidaklah sama sepertinya lembing azimat yang lain. Ketandaan atasnya bukan sahaja ketandaan perang. Bahkan ianya ketandaan rezeki dan keselamatan. Dan tidaklah setiap yang 'sejengkal' itu punyai runtuh kejadian. Anak sungai kejadian asal. Yang amat dicari2 oleh orang yang memahami. Lerah perjalanan asli.
Satunya simpanan Tok Bah ini, merangkumi seluruh apa yang disebut diatas.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment