Tuesday, November 29, 2016

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT
(CINCIN FULLSILVER)

Tempahan sahabat dari Brunei Darussalam. Esok Tok Bah akan poskan bersama item sahabat2 lain. Insyaallah

-Cincin Meteorite Perak

-Tanduk Kerbau Balau Mati Beranak + Besi Meriam Pecah + Puting Parang Patah

*Adalah dimaklumkan. Tok Bah akan bercuti selama kurang lebih satu minggu bermula esok. Dan akan mula kembali membuat tempahan pada Khamis hadapan. Apapun, booking item dan payment boleh dilakukan pada bila2 masa.

Untuk sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Sunday, November 27, 2016

PAGE RASMI TOK BAH PERMATA & TERAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tok Bah menjemput sahabat2 sekalian. Untuk mengikuti page 'Tok Bah Permata & Teras'. Sebagai satu backup page untuk item2 Tok Bah.

Terima kasih diucapkan bagi sahabat2 yang telah mengikutinya. Semoga hubungan kita bersama bertambah erat dan padu. Insyaallah

Dipersilakan....

https://m.facebook.com/Tokbah12/

Saturday, November 26, 2016

SUATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SATU PERKONGSIAN

مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ هُدًى لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ بُعْدًا

Maksudnya :-

"Barangsiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah petunjuk, tidak bertambah daripada Allah melainkan semakin berjauhan dia dari Allah."

Sanad diterima dari Pak Su Ayub, Labu Besar, Kedah Darul Aman. Tanggal 22 Muharam 1435 atau 26 November 2013. Genap tiga tahun pada hari ini.

Maka inilah diantara salah satu jalan ilmu. Ziarah kita padanya orang2 yang berkat. Jika tiadalah penerimaan ilmu. Maka sekadar kadar bersalaman mencukupi. Mengambil berkat yang kian hari kian hilang dari tunjang bumi.

Tidak terangkat sesuatu kalam, melainkan berangkat ia mengiringi empunya kalam. Dan itulah sebenar benar hakikat kematian ilmu. Sedikit demi sedikit. Hingga gersang bumi ini disuburi manusia yang jahil.

Adapun pewaris diantara lapisan terbaharu kini. Hanyalah kebanyakannya menjadikan ilmu sebagai bahan perdebatan. Mengungguli 'aku lebih hebat dari kamu'. Kecelakaan atas mereka ini. Hingga pundak mereka menyereti lantai. Wallahualam

Tok Bah
27 Safar 1438

Friday, November 25, 2016

TEMPAHAN SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TEMPAHAN SAHABAT
(CINCIN FULL SILVER)

Tempahan sahabat dari Temasek

-Fosil Gemunggal Putih
-Batu Lintar Putih
-Fosil Tulang Harimau

Akan diposkan esok bersama item2 sahabat lain. Setiap tempahan sentiasa diiringi sedikit saguhati. Sebagai menghargai sahabat2 sekalian. Insyaallah

Untuk sebarang rujukan dan tempahan :-

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Thursday, November 24, 2016

SILVER METEORITE / METEORITE PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amatlah menjadi kesenangan di hati Tok Bah untuk berkongsi pemilikan Tok Bah kepada sahabat2. Lebih2 lagi item yang tidak pernah dikeluarkan sebelumnya. Baik ini sebagai perkongsian ilmu atau sebagai permaharan.

SILVER METEORITE / METEORITE PERAK

Tok Bah berbesar hati melampirkan item ini bersama raw nya. Sebagai membuktikan pemilikan ini. Dan bukan hanya olahan lain atau barang lain. Yang hanya diberi nama. Timbangan karat menunjukkan Meteorite Perak lebih berat berbanding Meteorite Besi. Pada ukuran saiz yang sama.

Maka telah disebutkan secara meluas mengenai perihal ini. Mengikut pengajian masing2. Yang tidak tertakluk diatas satu landasan ilmu. Makanya, meraikan setiap ilmu yang berbeza2 itu adalah jalan yang terbaik. Leluhur terdahulu menyimpan dan menurunkan pelbagai ilmu dan petua. Untuk direnung dan dikaji oleh generasi kini.

Meteorite Perak dikatakan sebagai salah satu medium penguat semangat dan peningkat wibawa diri. Peningkat seri dalaman. Peningkat ilmu kebatinan. Bahkan sebagai pendinding sihir dan ilmu hitam.

Mengikut pengalaman mereka yang telah melaluinya. Amat berkesan ia pada orang kerasukan. Dengan ditanggungkan item ini seberapa ketika di leher orang kerasukan. Dan sebagai pendinding usikan halus terhadap kanak2. Utamanya pada waktu malam. Dengan diletakkan item ini di bawah bantalnya kanak2. Dan lain2 kelebihan yang tidak dapat dituliskan semuanya disini.

Demikian itu diantara sisi petua leluhur terdahulu. Apapun anugerah Ilahi ini. Hendaklah dikembalikan padaNya segala gerak kejadian. Wallahualam

Tok Bah membuka ruang peminangan seluasnya untuk item ini. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Wednesday, November 23, 2016

LEMBING DAUN BULUH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

LEMBING DAUN BULUH
(ANTIK)

Ketandaan :-
-Besi berpamor jalur anak sungai kejadian
-Gat cekok kuku / kacip kuku (gambar akhir)
-Puting patah
-Anak sungai kejadian bermula dari mar lembing

*gat cekok kuku bersambung terus dengan aliran anak kejadian

Seperti kebiasaan, item yang diklasifikasikan sebagai 'antik'. Tok Bah tidak akan melayan sama sekali komen PM. Jika serius mahu, silakan terus messenger Tok Bah. Atau lebih mudah. Terus sahaja whatsapp Tok Bah.

Tok Bah menjemput sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012

MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MAKLUMAN PENTING

Adalah dimaklumkan bahawa akaun fb sahabat kita yang dinamakan atas nama WARINGIN HAYAT telah dihijack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sahabat2 yang sedang berurusan dengan beliau. Tok Bah mohon terus menghubungi beliau melalui applikasi whatsapp. Agar urusan yang tergendala dapat diteruskan. Tok Bah bagi pihak Waringin Hayat. Memohon kemaafan atas kesulitan ini. Whatsapp Tuan Waringin Hayat (0189404252)

Saudara Waringin Hayat masih dalam usaha mendapatkan kembali akaun fbnya. Sebarang perkembangan akan Tok Bah updatedkan dari semasa ke semasa.

Jika sahabat2 memperoleh pesanan atau messenger yang melibatkan akaun Waringin Hayat. Sila abaikan dan ketepikan. Sehingga pengesahan seterusnya dimaklumkan di fb Tok Bah. Kerjasama sahabat2 sekalian amat dihargai.

Yang benar,
Tok Bah
23 Safar 1438

Tuesday, November 22, 2016

BESI MERIAM PECAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BESI MERIAM PECAH

Dilampirkan pada tiga gambar terakhir tempat pecahan meriam.

Orang2 tua yang bijakpandai menurunkan bahawa. Besi meriam pecah ini adalah sebesar besar penawar atas nama pakaian diri. Penawar akannya dalam segala hal yang diizinkan.

Perihalnya sebagai penunduk dan pembisa diakui oleh mereka yang telah melaluinya. Diantara salah satu pakaian diri yang tidak sama sekali dibuat gurauan.

Tok Bah membuka ruang peminangan bagi sahabat2 yang berminat. Insyaallah

Whatsapp : 0182549012