Thursday, November 20, 2025

SEMAR NAGA

 SEMAR


Semar, Turas, Inul dan Galuh merupakan empat tunjang watak dalam pemakaian diri atau azimat masyarakat Kelantan–Pattani sejak turun-temurun. Keempat-empatnya membawa sifat perwatakan jiwa serta payung penjagaan menurut adat lama yang diwarisi didalam ilmu hikmah.


Gambaran Semar mempunyai pelbagai ragam. Mengikut aliran kisah dan dan tujuan ditempanya. Ada Semar berkeris, lambang keberanian dan benteng diri. Ada Semar bertongkat, tanda kewalian, kebijaksanaan dan ilmu tua yang disemat. Ada Semar berpayung, berjalan menuju jalan pulang. Ada pula Semar bertapa, lambang penguasaan diri zabir dan batin.


Namun antara gambaran paling jarang dan paling dikatakan ikonik ialah Semar Naga. Yakni gabungan dua unsur agung tokoh penjaga dan makhluk mitos yang penuh berkuasa. Sebagaimana rajah.


SISI SEMAR & TURAS


Naga merentas alam diberi nama oleh kayangan. Membawa sakti dari penduduk langit kepada bumi. Perlambangan kekuatan Melayu di zaman dahulu. Raja yang memerintah dua dunia. Berdaulat disembah. Tidaklah lemah menanti rebah.


Gerbang Rusa di dalam adat Kelantan-Patani lama melambang ketangkasan, kebijaksanaan dan kesucian pelangkah. Manakala gerbangnya adalah sandaran pintu masuk ke alam mistik. 


Rajahan Rokim atau Qitmir yakni lambang anjing Ashabul Kahfi. Qitmir ditafsirkan sebagai penjaga setia, yang tidak tunduk selain kepada perintah Tuhan. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Rajahan ini membawa makna bahawa pemakainya berada di bawah naungan penjaga yang tidak pernah lalai.


Turas pada pasangannya Semar. Turas lazimnya menjadi lambang ketahanan batin, penahan niat jahat dan penegak kekuatan dalaman. Dialam pewayangan, Turas menjadi dampingan dan juga peyandang tugas Semar apakala Semar memasuki alam kedewataan di langit. 


SISI INUL & GALUH


Pohon Beringin, Meriam & Gajah

Pada sisi watak Galuh membawa maksud yang tersirat.


Pohon Beringin ialah lambang akar asalnya datang wujudnya alam. Terciptanya keturunan. Pohon alam yang menjadi lambang kekuasaan Ilahi. 


Meriam pula melambangkan kekuasaan wilayah dan keupayaan menolak ancaman dari jauh. Pembelah angin dan pembelah musuh yang mendatang. Bahawa bangsa ini tidaklah bertombak lembing semata-mata. 


Gajah ialah simbol kekuatan raja, keteguhan langkah dan wibawa yang tidak goyah walau dihadap badai. Gajah juga membawa erti kekuatan rakyat. 


Inul & Galuh merupakan wujudan kayangan yang berkuasa. Yang memiliki kekuasaan ke atas Semar. Yang memiliki pemerintahan di langit. Dan penguasaan di bumi. 


Milikan asalan Allahyarham Pak Muda Tal Tujuh. Yang kemudian diwajahkan pula oleh Syekh Muhammad Saman. Kedua-duanya wali Allah tanah Kelantan. 


Whatsapp : 01137440313







No comments:

Post a Comment