BESI EMBUN
Antara Besi Hikmat warisan ilmu Melayu adalah Besi Embun. Besi Embun merupakan asalan dari bijihan besi yang diperembunkan selama 41 hari. Setelahnya direndam pula didalam takungan embun pun selama 41 hari.
Ilmu Melayu lama mempercayai tiap zarah embun menyerap hikmah dari langit. Sementelah embun merupakan makhluk kejadian baharu akan tiap titisannya. Sama sepertinya hujan. Membawa Nur Rahmah yang menjadi kelebihan buat manusia. Kerana itulah diantara penguat tubuh melalui petua Melayu adalah dengan memandikan diri dengan mandian embun. Kerana terkandung akannya rahsia-rahsia Ilahi.
Antara pedoman dari ahli hikmah akan Besi Embun :-
Pendingin segala api sihir dan amarah manusia terhadap si penanggung. Maka akan siapa yang menanggung Besi Embun, tiadalah akannya itu lekas marah. Sekuat apa jualah baran musih. Maka menyejuklah ia dari amarah terhadap si penanggung. Dan tertawarlah sihir mata yang memandang. Sihir mulut yang mengata. Sihir kulit yang menyentuh.
Besi Embun juga menjadi medium pembuka bagi rasat firasat dan hijab. Melalui amalan tertentu. Yang dikhususkan buat pemahar sahaja. Atas pedoman kejadian embun itu adalah disaat pertengahan peralihan waktu alam.
Satu hikmah yang menarik bagi Besi Embun adalah mengurai masalah keresahan batin diri. Yakni akan siapa yang mempunyai masalah was-was dan kecelaruan dalaman. Maka berhikmahlah ia akan bawaannya.
"Hei embun seri bumi, himah Tuhan seri hani. Delap besi dalam tanah, mengalirlah buat diri yang gagah!"
Ada empat kaedah buat pemahar bagi mengaktifkan aura Besi Embun sebagaimana yang telah diperturunkan dari tetua-tetua terdahulu.
Antaranya
-Pembuka bagi alam ghaib
-Pelerah kunci ilmu hikmah
-Pendinding & pengunci harta dan diri
-Seri sakti pasak patih (hikmah semilir)
Adapun keempat-empat ini hanya satu yang diizinkan bagi tiap satunya. Maka pilihlah sebaiknya. Dan tiadalah diwajibkan akan keempatnya bagi yang tiadalah berkehendak. Maka menanggunglah ia akannya yang alaminya semata. Demikianlah mencukupi bagi yang tidaklah ingin pengamalannya.
Whatsapp : 01137440313






No comments:
Post a Comment