AZIMAT HANUMAN KERA PUTIH
Maka tersebutlah pada bicara orang tua-tua dahulu kala, bahawanya Hanuman Kera Putih itu adalah satu kekuatan, kepantasan dan kesetiaan yang tiadalah berbelah bahagi. Adapun pada faham orang arif lagi bijaksana, azimat Hanuman Kera Pytih ini tiadalah dijadikan tempat bergantung. Melainkan sekadar suatu kaedah bagi menzahirkan ikhtiar dan doa kepada Allah jua adanya.
Syahdan, disebut Hanuman Kera Putih itu ialah ia lambang insan yang gagah lagi setia pada amanah. Berani di medan perang akan tetapi tunduk akan perintah kebenaran.
Putih ianya alamat kesucian niat, tanda hati yang sudah jernih daripada serakah hawa dan nafsu amarah. Maka pada tangan orang yang berilmu, ia menjadi peringatan bahawa kekuatan hakiki itu datang daripada Allah Yang Maha Perkasa.
Adapun pada adat pemakaian orang Melayu dahulukala, azimat Hanuman Kera Putih itu disimpan atau digantung pada tubuh bagi memelihara diri daripada anasir yang zalim. Jin yang durhaka. Juga manusia yang berniat khianat. Tatkala hendak memakainya, dibacakanlah doa-doanya yang tertentu pulalah kiranya. Adapun doa atau bangkitan atau jampiannya hanya dikhususi akan pemaharnya sahaja jua.
Maka niatnya bukan kerana percaya pada kuasa azimat, tetapi kerana mengharap berkat kalamullah dan izin Tuhan Yang Maha Esa. Barang siapa menggantungnya dengan hati yang bertawakal, nescaya Allah jadikan perlindungan padanya. Dan barang siapa menggantungnya dengan sangka azimat itu berkuasa, maka tertolaklah iktikadnya.
Maka berkehendaklah kata orang-orang bmhikmah itu. Memakailah dengan adab dan ilmu. Nescaya menjadi benteng baginya. Barang pula menyalahi akannya, maka syirikla ia nya.
Demikianlah berkembangnya Islam di masa lalu. Dengankalanya itu anasir tauhid ditamsilkan ianya. Bahawa Islam itu tidaklah memecahkan budaya. Malah berasimilasi dengan hikmah kebijaksaan adanya.
Hanuman Kera Putih itu pada hakikatnya alamat bagi jiwa yang telah menundukkan diri.
Sebagaimana Hanuman tunduk kepada perintah Sri Rama dalam hikayat lama. Demikianlah seorang salik tunduk kepada perintah Allah dan RasulNya. Tatkala jasadnya kuat, jiwanya pula khusyuk maka tatkala lidahnya menyebut doa, hatinya tetap yakin tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua.
Maka ini azimat pewayangan. Dunia yang tergantung diatas langit dan kedewataan. Terbenturlah ianya akan dari besi kuning dan emas dan perak dan besi dan tembaga. Maka ia sebagaimana diperkatalah ia yakni Perunggulah akan dia.
Berkatalah akan orang yang telah memakainya dari turunan-turunan hingga diperkata telah lebih dari tujuh turunan. Bahawa tatkala membawa Azimat Hanuman Kera Putih ini. Dipermudahkanlah akan beratnya urusan. Dan tatkala darurat ia, maka menjadi sabit akan kekebalan dalam kegentingan. Dan tiadalah terlihat oleh musuh kerna dari kelimunannya.
Azimat Hanuman Kera Putih dari simpanan orang lama. Yang tidaklah sama seperti lainnya. Kerana bukanlah dari acuan melainkan dari ukiran.
Whatsapp : 01137440313









No comments:
Post a Comment