GELANG DURI HANTU
UKIRAN MADAD MUHAMMAD & ISIM 15
Gelang Duri Hantu menjadi asbab penjagaan batin dalam tradisi orang-orang tua dahulu. Diperbuat daripada teras Duri Hantu yang terkenal sebagai kayu pedinding, ia sering digunakan oleh para tabib lama sebagai benteng terhadap gangguan halus, niat jahat manusia, serta sebagai penyeri aura diri.
Pada bahagian luar gelang ini diukir halus Madad Muhammad dan apitan Muhammad Berjuang sebagai lambang tawassul. Memohon akan kekuatan, ketenangan dan keberkatan melalui kecintaan kepada Rasulullah ﷺ. Ukiran ini menjadi tanda ingatan bahawa setiap kekuatan itu hakikatnya kembali kepada Allah, dan Nabi ﷺ. Itulah wasilah cahaya dan teladan bagi hati yang mencari jalan lurus.
Di bahagian dalam pula diukirkan Isim 15, yakni susunan nombor mengikut falakiah berhikmah yang dahulu digunakan oleh para ulama Nusantara sebagai zikir Sirr. Satu kaedah permohonan perlindungan, keteguhan jiwa serta penyucian niat. Isim 15 merupakan suatu aluran tazkirah diri agar pemakai sentiasa menjaga lidah, mata dan hati daripada perkara yang tidak diredhai Allah.
Gelang Duri Hantu ini dipakai oleh orang lama ketika merentas hutan, berniaga, bermusafir mahupun menghadapi urusan yang berat. Bukanlah kerana percaya kepada gelang teras itu, tetapi sebagai pengantara asbab dalam menguatkan doa, menghadirkan yakin kepada Allah, dan menyeru semangat kebaikan dalam diri.
Sebagai peringatan diri agar sentiasa dalam keadaan berdzikir.
Asbab ketenangan, keberanian dan kelapangan hati.
Pedinding daripada perkara yang memudaratkan, dengan izin Allah.
Serasi sebagai penyeri wibawa dan peningkat keyakinan diri.
Whatsapp : 01137440313




No comments:
Post a Comment