Wednesday, November 26, 2025

GOBEK BATU

 GOBEK BATU

RAHSIA TITIK HURUF ﺏ


BI KANA MĀ KĀNA, BI YAKŪNU MĀ YAKŪNU, FAWUJŪDUL ’AWĀLIMI BI


"Bahawa denganKu adanya yang telah berlaku. Dan denganKu kelaknya terjadi segala yang akan berlaku. Maka wujud sekalian alam tiada lain melainkan berdiri denganKu."


Tatkala telah engkau tasdiq akan sirr dirimu,

maka hendaklah engkau tasdiq pula akan 'Aku' pada dirimu.


Kerana daripadaKu terbitnya tiap-tiap maujud. Dan kepadaKu kembalinya segala yang bernama wujud.


'Aku' itulah yang menyatakan tiap kejadian. 'Aku' itulah yang Dia dan Dia itulah Aku.


Tiadalah 'Aku' bertempat pada suatu tempat. Tiadalah 'Aku' terikat oleh ruang dan masa. Tiadalah 'Aku' duduk dalam sesuatu. Tiadalah 'Aku' bersemayam pada yang lainnya. Tiadalah 'Aku' bersandar kepada yang fana.


Dan tiadalah 'Aku' terjawab oleh kaifiyat. Tiada pula tersusun oleh huruf dan suara. Kerana 'Aku' Esa lagi Tunggal. Menjadi himpunan bagi sekalian rahsia kejadian. Tempat bergantung segala alam yang nyata dan tersembunyi.


Maka hendaklah engkau peliharakan batas dirimu,

antara yang tetap dengan yang fana,

antara ruh yang halus dengan jasad yang akan binasa.


Maka fanakanlah dirimu dalam 'Aku'. Agar hilanglah engkau daripada engkau,

dan nyatalah engkau dalam 'Aku'.


'Aku'lah khazanah yang tersembunyi. Dan 'Aku' ingin dikenali. Maka wujudnya dirimu sebagai saksi kekuasaanKu.


Demikianlah cantiknya leluhur kita dalam mendalami sesuatu. Bahkan diatas rahsia Titik Huruf Ba yang menjadi suatu perbahasan panjang oleh ahli-ahli hikmah sejak dahulu sehingga kini.


Hasilnya pengembangan ilmu itu tiadalah putusnya jua. Hanya dari titik. Menjadi suatu ilmu faham dan bawa. Hinggalah kepada atas namanya itu pakaian diri. 


بي كان ما كان 

وبي يكون ما يكون


Whatsapp : 01137440313











Monday, November 24, 2025

TIMAH 7 WALI

 TIMAH 7 WALI


Timah Tujuh Wali merupakan cairan gabungan timah dari pakaian-pakaian wali Allah dahulukala. Antaranya


-Tok Wali Nik Man Fathoni

-Lebai Musa Awang, Yala

-Syekh Muhammad Saman Al Kelantani

-Tok Wali Nik Soh

-Tuan Guru Haji Arsyad

-Tok Ayah Sin Palekbang

-Tok Him Gobek Api


Antara ilmu ketujuh-tujuh pasak bumi nusantara ini adalah berkaitan ilmu timah. Yang pada suatu masa timah dijadikan sebagai peluru yang membunuh. 


“Timah datang, timah ku nanti”


Dengan nama Allah Yang Maha Mengikat. Yang menundukkan amarah. Yang mematahkan niat jahat di dalam jiwa makhluk.


Ya Latif, Ya Qawiyyu, Ya Haq.


Timah datang, timah ku nanti. Berat datang, berat ku kunci. Meluru peluru ku  sambut lembut. Meluru dituju ku sumpah mati.


Timah di bumi menjadi pelindung. Timah di langit merejam yang terselindung. Bisa timah membinasakan. Binasa musuh jasadku tidak termakan.


Binasalah makhluk berniat jahat. Dipantul kejahatan ditiap urat. Musuh datang membawa bara. Padamlah bara terbakarlah ara.


Timah datang timah ku nanti. Gagah uratku kebal jasadku. Jauhlah mudarat dekatlah rahmat. 


Dengan izin Allah. Dengan kalimah Haq. Dengan benteng Nur Muhammad. Tidaklah retak tidaklah luka.


Whatsapp : 01137440313













Sunday, November 23, 2025

SEKAK SEMAR COBEK

 SEKAK SEMAR COBEK


Sekak Semar merupakan senjata yang seakan berbentuk Semar atau Pak Dogo dalam pengisahan pewayangan.


Mengikut penceritaan dari guru tua, Sekak Semar Cobek ini diperbuat dari besi Tujuh Persinggahan. Yakni besi yang dikumpulkan dari perjalanan si guru. Daripada sudian-sudian di persinggahannya.


Dalam melengkapi keilmuan persilatannya, si guru telah disudi di setiap persinggahannya. Sudian akan keilmuan gerak pelangkahnya. Syariat bangsa agung Melayu dikala itu, apakala kalahlah orang yang menyudi. Maka akan diserahkanlah barang sejenis senjata dari pemilikan mereka yang paling disayangi dan paling berhikmah. Namun apakala tertewaslah akan orang yang disudi, maka berempat purnamalah bergelar ia akan budak suruhan.


Ditakdirkan Allah swt jualah, si guru melepasi kesudian-kesudian yang mendatang. Hingga terkumpullah sebanyak tujuh bilah senjata besi.


Dari ketujuh-tujuh himpunan besi hikmah ini, maka di'cobek'lah tiap satu darinya. Lalu dibentukanlah Sekak Semar dengan keilmuan Cobek. Yakni tanpa tempaan dan api. Diperkata jualah akan ia sebagai pelembut besi Daud a.s.


Maka perhatikanlah dengan sebenar-benarnya Sekak Semar ini akan tubuhannya itu. Tidaklah dari kaedah tempaan sama sekali. Melainkan dicobeklah besi-besinya hingga menyatu.


Inilah diantara tinggalan warisan keilmuan bangsa Melayu yang semakin lenyap kerana peredaran masa. Ilmu yang berhakikat didalan syariat. Bermakrifat didalam tarikat.


Whatsapp : 01137440313














Saturday, November 22, 2025

YASIN PENAUNG

 

AZIMAT YASIN PENAUNG

Yasin Penaung merupakan susunan Yasin Tujuh Penjuru jasad. Dalam amalan pendinding oleh guru-guru tua. Ia tidak sepertimana Yasin Tujuh Lilit, yang lebih menumpu kepada ikatan zahir pada penjuru luaran.

Sebaliknya, Yasin Penaung menjadi asbab perlindungan menyeluruh. Meliputi tujuh penjuru utama wujud diri:

Kiri: menolak bisikan yang menyelewengkan hati.

Kanan: menguatkan amal yang mendekatkan diri pada Ilahi.

Hadapan: sebagai perisai dari musibah yang mendatang.

Belakang: memutuskan jejak yang cuba mengekor atau mengikat.

Atas: turunnya rahmat, taufik dan inayah Allah.

Bawah: pasak tapak diri. Kukuhnya diri dalam menghadapi badai ujian.

Dalaman diri: pusat berkumpulnya kemudi rohani.

Yasin Penaung bukan hanya menjadi pendinding diri. Bahkan suatu daya hati agar sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap langkah.

Guru tua menurunkan bahawa Yasin Penaung antara hikmahnya dalam bawaan diri.

1. Penaung perjalanan jauh, agar terhindar dari gangguan dan kejahatan.

2. Perisai diri, pembenteng agar tenang dan tidak diganggu.

3. Penguat diri, agar jiwa menjadi kukuh, tidak cepat gelisah atau berserabut.

4. Penyuci ruang batin, supaya hati lapang menerima hidayah.

Azimat Yasin Penaung ini telah diisikan dengan Doa Kota Tauhid. Yakni

ﺍﻠﻟﻬﻡ ﺇﻧﻰ ﺤﻮﻂﺖ
ﻋﻠﻰ ﻧﻔﺴﻰ ﻮﺮﻓﯿﻘﻰ ﻮﺍﺒﻧﺎﺌﻰ ﻮﺃﻫﻠﻰ ﻮﻤﺎﻠﻰ ﻮﻤﺎﻤﻟﻜﺖ ﯿﺪﻱ ﺒﺴﺒﻊ
ﺪﺮﻮﺐ ﻤﻦ ﺪﺮﻮﺐ ﺍﷲ ﺴﻘﻔﻬﺎ ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻮﺪﺮﻘﻬﺎ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻝ ﺍﷲ ﻮﻗﻔﻠﻬﺎ ﻘﺪﺮﺓ ﺍﷲ ﻻ ﻴﺴﺘﻔﺘﺤﻮﻦ ﺇﻻ ﺒﺈﺬﻦ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻠﻰ ﺍﻟﻌﻈﯿﻡ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺒﺍﺒﻨﺎ ﺘﺒﺎﺮﻚ ﺤﻴﻄﺎﻨﻨﺎ ﻴﺲ ﺴﻗﻔﻨﺎ ﻜﻬﻴﻌﺺ ﻜﻔﺎﻴﺘﻧﺎ ﺤﻤﻌﺴﻖ ﺤﻤﺎﻳﺘﻨﺎ ﻔﺴﻳﻜﻔﻴﻜﻬﻢ ﺍﷲ ﻮﻫﻭ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻟﻳﻡ
Ertinya :-
"Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah memagari diriku, teman rapatku, anak-anakku, ahli keluargaku, harta bendaku dan segala barang yang di dalam genggaman tanganku, dengan tujuh tembok dari tembok-tembok Allah, bumbungannya ialah kalimah Laa Ilaaha Illallah, kekukuhannya ialah kalimah Muhammadurrasulullah, penguncinya ialah qudrat Allah, tidak akan terbuka melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bismillah ialah pintu kami, Tabaraka ialah pagar-pagar kami, Yasin ialah bumbung kami, Kaf Ha Ya Ain Shod ialah kepadaan kami, Ha Mim Ain Sin Qaf ialah pengawal kami, maka mencukupkan Allah Taala akan mereka itu, dan Dia Maha mendengar lagi maha mengetahui."

Selama 41 malam oleh guru tua. Dan telah diisikan bangkitan-bangkitan keramat dari ilmu Melayu tua.

Yasin Penaung ini merupakan azimat antik. Pakaian orang-orang dahulukala. Milikan asalan wali Allah Tok Keramat Sakti Haji Soh Delima.

Whatsapp : 01137440313









Thursday, November 20, 2025

GELIGA BUAYA

 BATU DALAM PERUT BUAYA


Telah termaktub dalam kitab Dunia Hikmat, pada bab Racun, fasal Batu Penawar, sebagaimana dinyatakan:


"Bahawa batu yang didapati dari perut landak, atau lembu atau kerbau, atau buaya, apakala direndam dan diberi minum kepada orang yang terkena racun atau segala bisa, dengan izin Allah SWT ada manfaatnya."


Batu Perut Buaya juga masyhur disebut Geliga Buaya. Ianya antara perantaraan alam kepada alam. Anugerah yang menjadi penawar bisa, penawar sengatan, dan penawar berbagai racun, menurut pegangan orang lama.


Diceritakan oleh seorang sahabat pemahar yang pernah memaharkan sebelum ini. Sebelumnya menghidap penyakit karang. Batu Perut Buaya itu diasah halus dan diminum selang sehari. Dengan izin Allah SWT, belum pun sampai dua minggu diamalkan, karangnya lenyap. Hancur lebur tanpa ubatan. Demikianlah kekuasaan rahsia Ilahi pada tiap sesuatu ciptaanNya.


Syahdan, tersebut pula oleh sahibul hikmah:


Bahawa Batu Perut Buaya itu terlebih besar fadilatnya daripada yang lain, kerana buaya itu tabiatnya keras hati, teguh nafas, lagi ia berumah pada dua alam yakni darat dan air. Maka terhimpun padanya rahsia dua qudrat.


Whatsapp : 01137440313










SEMAR NAGA

 SEMAR


Semar, Turas, Inul dan Galuh merupakan empat tunjang watak dalam pemakaian diri atau azimat masyarakat Kelantan–Pattani sejak turun-temurun. Keempat-empatnya membawa sifat perwatakan jiwa serta payung penjagaan menurut adat lama yang diwarisi didalam ilmu hikmah.


Gambaran Semar mempunyai pelbagai ragam. Mengikut aliran kisah dan dan tujuan ditempanya. Ada Semar berkeris, lambang keberanian dan benteng diri. Ada Semar bertongkat, tanda kewalian, kebijaksanaan dan ilmu tua yang disemat. Ada Semar berpayung, berjalan menuju jalan pulang. Ada pula Semar bertapa, lambang penguasaan diri zabir dan batin.


Namun antara gambaran paling jarang dan paling dikatakan ikonik ialah Semar Naga. Yakni gabungan dua unsur agung tokoh penjaga dan makhluk mitos yang penuh berkuasa. Sebagaimana rajah.


SISI SEMAR & TURAS


Naga merentas alam diberi nama oleh kayangan. Membawa sakti dari penduduk langit kepada bumi. Perlambangan kekuatan Melayu di zaman dahulu. Raja yang memerintah dua dunia. Berdaulat disembah. Tidaklah lemah menanti rebah.


Gerbang Rusa di dalam adat Kelantan-Patani lama melambang ketangkasan, kebijaksanaan dan kesucian pelangkah. Manakala gerbangnya adalah sandaran pintu masuk ke alam mistik. 


Rajahan Rokim atau Qitmir yakni lambang anjing Ashabul Kahfi. Qitmir ditafsirkan sebagai penjaga setia, yang tidak tunduk selain kepada perintah Tuhan. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Rajahan ini membawa makna bahawa pemakainya berada di bawah naungan penjaga yang tidak pernah lalai.


Turas pada pasangannya Semar. Turas lazimnya menjadi lambang ketahanan batin, penahan niat jahat dan penegak kekuatan dalaman. Dialam pewayangan, Turas menjadi dampingan dan juga peyandang tugas Semar apakala Semar memasuki alam kedewataan di langit. 


SISI INUL & GALUH


Pohon Beringin, Meriam & Gajah

Pada sisi watak Galuh membawa maksud yang tersirat.


Pohon Beringin ialah lambang akar asalnya datang wujudnya alam. Terciptanya keturunan. Pohon alam yang menjadi lambang kekuasaan Ilahi. 


Meriam pula melambangkan kekuasaan wilayah dan keupayaan menolak ancaman dari jauh. Pembelah angin dan pembelah musuh yang mendatang. Bahawa bangsa ini tidaklah bertombak lembing semata-mata. 


Gajah ialah simbol kekuatan raja, keteguhan langkah dan wibawa yang tidak goyah walau dihadap badai. Gajah juga membawa erti kekuatan rakyat. 


Inul & Galuh merupakan wujudan kayangan yang berkuasa. Yang memiliki kekuasaan ke atas Semar. Yang memiliki pemerintahan di langit. Dan penguasaan di bumi. 


Milikan asalan Allahyarham Pak Muda Tal Tujuh. Yang kemudian diwajahkan pula oleh Syekh Muhammad Saman. Kedua-duanya wali Allah tanah Kelantan. 


Whatsapp : 01137440313







Wednesday, November 19, 2025

TULANG GAGAH HARIMAU

 SIMPANAN ORANG LAMA – TULANG GAGAH HARIMAU


Tulang Gagah Harimau bukanlah dapat ditemui pada setiap ekor harimau. Hanya segelintir sahaja yang memilikinya dan itu pun pada harimau jantan. Bukan pada betina. Bahkan kedudukan Tulang Gagah ini tidak seperti tulang biasa.


Ada yang pernah ditemui di bahagian peha, ada yang tersembunyi di tulang belakang dan milikan ini dari kepak kening sang harimau. Satu bahagian yang sukar dimengertikan oleh logik biasa. Inilah yang menjadikan ia begitu jarang, begitu dicari, dan begitu dipelihara oleh orang-orang tua bersanad hikmah.


FADILAT & KHASIAT ORANG-ORANG DAHULU


1. Penggerun Tatapan Musuh

Maka akan siapa yang menanggung Tulang Gagah Harimau akan memiliki satu aura penggerun yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa yang memandangnya. Walau sehebat mana lawannya, walau setinggi mana ilmu atau pangkat musuh itu, akan tetap terdetik satu lintasan takut, satu kejutan halus dalam hati, seolah-olah melihat bayang harimau di belakang tuannya.


2. Pengatup Bicara & Pelumpuh Dalil Lawan

Menurut guru tua, pemakai Tulang Gagah Harimau memiliki kelebihan pada situasi perbahasan atau perselisihan. Musuhnya tidak akan dapat melawan kata. Bicara mereka seakan terkunci, hujahnya bercelaru, dan jika keluar juga kata-kata dari mulut lawan. Maka kata-kata itu selalunya akan tersalah, terbatal, atau memakan diri.


3. Kekebalan Darurat

Antara kisah yang sering diriwayatkan ialah pengalaman Tuan Guru Haji Mat Zain Demit pada era 1980-an. Beliau pernah terlibat dalam kemalangan. Dilanggar dan digilis kereta KE70. Namun aneh, tiada luka, tiada lebam, tiada retak walau sedikit pun pada tubuhnya. Namun, jangan sesekali dimain uji. Kerana sifatnya pelindung darurat bukanlah bahan uji.


PENINGKAT KEBERKATAN DALAM RAJAH & WAFAK


Orang lama mengajar bahawa Tulang Gagah Harimau, jika dicelupkan ke dalam dakwat mawar asli, akan menjadi alat yang sangat mujarab bagi melukis wafak dan rajah.


Guru tua sendiri pernah melukis wafak ‘orang hilang’ menggunakan tulang ini. Belum pun genap sehari, orang yang hilang itu ditemui kembali.


Demikianlah salah satu daripada banyak pengalaman yang diceritakan.


Banyak lagi rahsia dan pengalaman berkaitan ilmu Tulang Gagah Harimau ini. Namun sebahagiannya tidak dapat ditulis di sini.

Khuatir terlebih bicara, khuatir pula tersalah ditafsirkan.


Cukuplah yang sedikit ini sebagai pembuka pintu bagi yang benar-benar mencari.


Whatsapp : 011–3744 0313