Sunday, May 31, 2020

LOKET/KEYCHAIN TERAS

Adat kata hak alamiah kita nak ambil berkatnya. Hak capal pun kita nak bertabarruk padanya.

Geng 'sinun' pula kata. Kayu tu syirik. Capal tu bidaah. Pasak besi tu ibarat penyembahan berhala. Semua ke neraka jahanam.

Dari kiri Teras Kenaun, Teras Gemunggal Hitam dan Teras Laka (Menang). Dipasak bersama Besi Parang Patah, Besi Pacak Patah, Besi Meriam Pecah, Besi Paku Kapal dan Besi Penduk.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

















AKIK QIBDAH

Yaman Qibdah ada. Terus whatsapp sahaja. Nak ikat sekali cincin perak pun boleh. Casting random design. Resize percuma.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


MINYAK GAHARU

Minyak Gaharu Tok Bah ni setakat ini ada dalam versi 6ml sahaja. Harga RM35 sebotol tidak termasuk pos. Ambil 3 botol Tok Bah bagi free postage. 

10 botol dan ke atas akan dapat potongan diskaun RM5 atas setiap botol. 

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Saturday, May 30, 2020

KURSANI EMAS

Sepetang bersama si Kursani Emas. Kursani merupakan suatu perkara yang tidak asing dalam kalangan bangsa Melayu. Adapun Kursani amal itu sebermulanya ia bangkitan dari sulbi Adam yang ada pada tiap diri manusia. Yakni tulang terakhir punggung ataupun dalam bahasa medicnya dipanggil Coccyx. Tiadalah berniat memanjangkan isu Kursani tubuh.

Begitupula dalam bahasa saintifiknya, Kursani dikenali sebagai Pyrite. Sesuatu kawasan atau tanah yang mempunya Kursani. Tidaklah sesuai sama sekali didirikan bangunan atau rumah atau penempatan. Dek kerana tanah di sekitarnya akan mengalami ketidakkukuhan dan mampu untuk menyebabkan sebarang binaan runtuh. - (Opah kalian. Dia engineer. Dia tahulah cara dia)

Kursani Emas merupakan antara salah satu Kursani yang amat diutamakan dalam pemakaian diri. Melebihlah ia akan Kursani Kuning, Hitam, Putih dan lainnya.

Dalam bawaan melampau. Kursani dikatakan membawa sifat kekebalan pada diri si pemakai. Namun, bagi Tok Bah sifat ini tertolak. Melainkan diringankan beban petaka yang dihadapi. Bertepatan akan pedoman sahabat-sahabat pemahar sebelumnya.

Leluhur menurunkan akannya sebagai suatu sifat peningkat wibawa diri dan mengeraskan semangat. Tiadalah dan tidak perlulah kiranya berlebihan dalam pemakaian alamiah. Mengambil akannya kita akan berkatnya seadanya.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


















Friday, May 29, 2020

MINYAK GAHARU

MINYAK GAHARU
RM35 (tidak termasuk pos)

Dalam kitab Qanun Fii Tibb karangan Ibnu Sina ada menyebutkan perihal Gaharu. Yang merangkumi khasiatnya dari zahir ke batin.

Pati tanpa campuran bahan terlarang. Wangian tahan lama. Tok Bah guna dari pagi sampai ke petang jualah tahannya. Boleh dibawa solat. 

Agak melekit kepekatannya, tapi tidaklah menganggu keselesaan kulit.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Tuesday, May 26, 2020

KULIT RUSA PUTIH

Diantara asbab-asbab alamiah menjadi pilihan dalam bawaan hidup. Bukan kerana keramat yang ada padanya. Akan tetapi ianya merupakan suatu bawaan yang tidaklah membebani pembawanya. Bebanan terhadap ikatan perjanjian seperti halnya segala macam isian yang perlu ditanggung oleh diri.

Alamiah tidak pernah menzalimi manusia. Melainkan manusia menggunakannya untuk kejahatan. Suatu penyongsang arus dari keberadaan sebenar hikayat manusia sebagai khalifah. 

Akurlah pada tiap penciptaan itu tidaklah sia-sia. Wujud untuk ada gunanya. Ada untuk berfikir waras akalnya. Jika ini dapat dipenuhi. Matlamat itu difahami. Maka cantiklah bawaan tiap alamiah itu. 

Adapula halnya khasiat serta mujarab serta serba jadinya sesuatu duduk. Itulah dari ambilan pedoman. Lerahan perjalanan. Baik perjalanan diri mahupun dari kutipan orang-orang yang telahpun melaluinya. 

Tiadalah sama seorang dengan seorang yang lain. Hanyasahaya segala akuran alamiah ini dihimpun dan disatukan bersama. Sebagai suatu tatapan ilmu buat yang mengingini. Dan suatu kecapan rasa buat yang ingin memiliki.

Gambar : Kulit Rusa Putih

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com

Monday, May 25, 2020

PERKONGSIAN

Sahabat tanya. Tok Bah selalu bawa ke pakaian diri? Atau sekadar penceritaan di muka buku?

Tok Bah bawa. Ada dalam beg silang Tok Bah sentiasa. Cuma jarang tunjuk kat orang. Benda jual lagi lawa dari milikan sendiri. Hak sendiri sapir pun tiada. Pakai balut dengan kain tak nak kasi rosak beg. Tak semua benda peribadi ni kita perlu tunjuk. Yang sulit tu sulitlah. Banyak benda lain lagi yang dibawa bersama. 

Hak sendiri punya kadang orang tengok pun gelak. Tak apalah. Biarlah buruk dari orang lain. Tapi tuan badan tahu mana kurang mana lebihnya. Tidak akan sama orang yang telah melepasi perbatasan dengan orang yang hanya terperuk dalam kawasan.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com


Wednesday, May 20, 2020

BESI PA

BESI PA

Sekian kalinya Besi Pa diketengahkan. Beberapa kali sebelum ini. Simpanan nan satu ini amatlah istimewa buat Tok Bah. Tok Bah gelarkan ia sebagai 'Besi Pa Tiga Pa'. Kenapa?

Asalan ia dari parang panjang. Patah ketika digunakan. Kemudian matanya dibentuk kembali menjadi parang pendek. Pun patah ketika digunakan. Diolah lagi buat kali terakhir menjadi pisau. Pun patah semasa digunakan melapah.

Besinya dari besi rel. Besi kukuh dan utuh. Puting dari pertama hingga terakhir dibuat kukuh. Bukan dibuat nipis agar mudah patah. Namun itulah takdir sekehendak jadi. Inilah satunya simpanan terbaik dalam koleksi peribadi. Adapun Pa yang lain hanyalah bergelar layaknya Pa Tunggal. Pedang, parang, pahat, pahar, pacak mahupun lainnya. Tiadalah berlaku ulangan seperti yang satu ini.

Baik. Besi Pa merupakan besi yang Patah. Bermula pula keadaan sesuatu itu dengan huruf Pa. Seperti yang disebutkan di perenggan atas. Patahlah dikira hisab dari alamiah. Iaitu patah secara semulajadi. Ketika guna. Bukan diketuk bengkok hingga patah.

Adapun Puting Pa itu adalah keutamaan dalam pengiraan pakaian diri. Namun, kesemua dari kejadiannya juga dikira Besi Pa. Salah faham tentang terkejarnya seseorang yang berkehendak akan besi Pa. Mereka hanya memandang yang sedikit hanya. Sedangkan setiap lekukan paluan itu berasbab dayanya akan sandaran pedoman. Tidaklah lari dan tercapailah maksud kiranya. Hanyasahaya yang utama itu dikejar pasti.

Menurut pedoman halnya leluhur silam. Besi Pa menjadi suatu asbab besar dalam kaedah pemakaian diri. Baiklah ia dibentuk permatakan. Mahupun sekadar simpanan bentuk asalan. Disini, Tok Bah memilih bentuk asalan.

Besi Pa terlalu banyak sandaran pedoman jika hendak diketengahkan. Asbab ikhtiar akannya sebagai pematah sihir. Asbab besar dalam memulangkan tuju-tuju. Serta banyak sekali padanya asbab-asbab dalam rawatan mahupun pedoman perjalanan. Sekira hendak ditulis. Khuatir dikata syirik. Maka sekadar adanya agar difahami.

Mengikut pengalaman diri. Besi Pa pernah dibawa bersama pada ketika menziarahi salah seorang sahabat yang sedang terlantar sakit misteri. Peristiwa ini berlaku dua tahun lalu semasa sesi Roadtour Tok Bah di Melaka.

Saat ketika menanggalkan sepatu untuk memasuki rumahnya. Sahabat yang hampir beberapa ketika terlantar ini terus bangun. Bagaikan tercabut segala deritanya selama ini. Dari bicara yang tidak jelas. Mampu berbicara seperti biasa. Melihat keadaan ini. Dijemput seorang sahabat perawat. Besi Pa yang diletakkan diamnya didalam dompet dikeluarkan. Diberi kepada sahabat perawat ini untuk dijadikan sebagai asbab ikhtiar rawatan. Hasilnya amat memuaskan hati. Hingga kini sahabat yang terlantar ini sembuh. Hanya sedikit tinggalan kaki terkecok sedikit. Sebagai tanda kasih ingatan dariNya. Atas kehendakNya memberi sembuh. Melalui asbab Besi Pa.

Demikian akan kerja guna lainnya. Banyaklah ia menjadi denak asbab kejadian. Tiadalah sia-sia akan sesuatu kejadian. Itulah suatu kehebatan dari salah satu ilmu Melayu Tua.

*Perihal penyakit misteri tidak didedahkan bagi menghormati perasaan sahabat terlibat.

*Sahabat perawat diusahakan kerana Tok Bah bukanlah seorang perawat alternatif. Perawat moden sahaja. Medical Assistant. Itupun sudah pencen.

Mengikut turunan kata. Besi Pa sememangnya amat mujarab bagi penyembuhan sakit-sakit luaran dan pendinding diri. Akan tetapi tiadalah mujarabnya seandainya digunapakai untuk tujuan yang tidak elok. Bomohkan orang semisalnya.

Besi Pa merupakan diantara salah satu item yang tidaklah tertakluk sama sekali akan perihal pembuatannya. Asal sahaja Pa dan Patah semulajadi. Maka berolah ia sebagai kelompok Pa yang dimaksudkan. Wallahualam

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Tuesday, May 19, 2020

LEMBING DAUN BULUH

Lembing Daun Buluh. Besi miang puting berpulas. Antik.

Lembing Daun Buluh merupakan lembing kebanyakan dibuat lontaran. Dibuat perang. Dalam peperangan, Lembing Daun Buluh merupakan diantara jenis lembing yang terbaik dalam lontaran jauh. Ketepatan lontaran terhadap sasaran lebih tepat dan rejaman yang lebih padu.

Adapun bagi taktikal serangan terhadap hadapan kubu. Lembing Kait lebih terutama. Setakat ini Tok Bah belum ada dalam simpanan Lembing Kait. Jika berkerezekian ada, akan dikongsikan. Insyaallah

Sekadar bernostalgia bersama peninggalan para leluhur. Kehebatan dan kebanggaan bangsa yang kian luput dimamah zaman.

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Monday, May 18, 2020

CEKATI SIREH


CEKATI SIREH
Umum mengetahui Cekati merupakan sejenis alat mericik pinang dalam kaedah penyediaan kudapan tradisional alam nusantara. Ghalib atas setiap perkara apakala melalui alam Melayu. Akan adalah kiranya olahan atau sentuhan untuk bawaan dalam kehidupan.

Pada pengalaman keturunan diri. Yakni akan nenek dan moyang Tok Bah sendiri yang merupakan bidan langit. Bidan langit bermaksud bidan asalan. Yang tiadalah melalui jalan menuntut. Melainkan ianya merupakan anugerah. Terkait ia akan keberadaan Bidan Tujuh.

Mengikut cerita dari ayahanda Tok Bah sendiri. Iaitu Haji Ariffin Ibrahim. Pernah suatu ketika adanya tamu yang ingin menumpang berteduh di teratak nenek. Namun nenek mengesyaki akan sesuatu pada tamu tersebut. Lantas mengambil Cekatinya dan dalam diam membaca mantera. Serta dikacipkan Cekatinya dalam jarak seada-ada dari tamu. Maka menggelupurlah tamu tersebut. Dan tiadalah diberi tumpang setelahnya. Kerana adanya bawaan bersifat jahat disisinya tamu.

Adapun Cekati dari pengisahan ini hanyalah sekadar Cekati biasa. Bukan dari Cekati Buta mahupun yang tiadalah tertakluk akan kaedah apapun. Melainkan tersambung akannya dari amalan-amalan para bidan langit.

Usulan bidan ini terputus di garisan ayahanda. Dan turunnya kepada cucu-cucu hanyalah pecahan-pecahan ilmunya. Seumpama para kekanda Tok Bah ada yang boleh mengurut tapi tidak boleh berubat. Ada yang boleh berubat tapi tidak boleh melihat sampingan.

Adapun turun padanya Tok Bah sendiri. Dengan izinNya. Sejarah Tok Bah adalah menyambut kelahiran bayi. Hayat ini sudah lima orang kelahiran disambut oleh Tok Bah. Termasuk anak sulung Tok Bah iaitu Nur Muhammad. Disambut sendiri oleh Tok Bah.

Baik. Berbalik kepada pokok. Cekati menjadi asbab pakaian diri pada leluhur Melayu dek kerana Cekati ini merupakan suatu alat wajib setiap orang pada zaman dahulu. Kemana sahaja berCekati. Adapun beradat ziarah sebagai tamu. Tuan rumah akan menyediakan tepak sireh berisi daun sireh, kapur, pinang serta lainnya istiadat layan tamu. Akan tetapi Cekati tiadalah disedia. Melainkan perlulah digunakan milikan masing-masing. Jika tiadalah kiranya. Hendaklah tamu meminta izin untuk menggunakan Cekati milikan tuan rumah pada tiap kali ingin berCekati. Begitulah tingginya nilai hormat budi bangsa Melayu.

Sebanyak mana pinang diricik. Maka itu atas kehendak tuan cekati. Selera sendiri-sendiri dalam bahasa mudahnya.

Dek kerana menjadi bawaan. Maka para leluhur meluahkan kebijaksanaan ilmu alamiah melalui penciptaan Cekati. Olahan buatannya berisi dalam cairan besi. Tukangnya dipilih sebaik tukang. Ada yang sekadar asal bentuk. Ada yang disarikkan sebaik mungkin dengan perhiasan-perhiasan. Sehingga ada yang disalutkan akan perak emasnya. Sebagai tanda dan ketinggian kedudukan dalam masyarakat.

Hinggalah Cekati ini akhirnya menjadi ketakutan bagi sesetengah pengamal ilmu hitam. Terutama bagi pengamal yang pernah merasai dikacip dari jauh. Pedih dan azabnya tiadalah terkira hingga dileraikan akan Cekati dari genggaman.

Sungguh ilmu Melayu ini dipenuhi kemistikan dan kemisterian yang sukar untuk dijangka dan dijangkau. Namun terpahat sedikit kesedihan dihati ini tatkala terlihat setiap dari ilmu turunan ini kian hari kian dilupakan. Wallahualam

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com