Gambar lama Teras Betik. Panas-panas dari induknya. Rezeki Dia campak belakang rumah sahaja.
Begitulah resam rezeki. Kalau Dia nak bagi. Dia bagi. Kita jangan duk persoalkan apa yang Dia uruskan. Yang kita kena buat adalah usaha yang berterusan. Bagaimana rezeki yang mendatang bukan urusan kita.
Leluhur tua berpesan. Jangan kita dengki dengan rezeki orang. Rezeki dia hak dia. Rezeki kita hak kita. Itu yang Tuhan dah janjikan. Demikian pedoman leluhur yang bijaksana. Berhemah dalam berkias.
Jangan kita lupa dimana kita berpijak. Tiada guna seribu kitab alim dituntut jika mati iman tercabut. Biar reti.
No comments:
Post a Comment