Sebelum tirai senja melabuhkan diri. Sedikit perkongsian tentang pedoman sifat besi. Dari PEDOMAN.
Besi Meriam Pecah, Besi Senapang Pecah, Besi Puting Parang Patah, Besi Pacak, Besi Cacak, Besi Pedang Patah dan lain-lainnya.
Asbab kejadian hendaklah atasnya alami. Yakni pecah atau patah dengan sendiri. Bukan dipatahkan. Bukan melalui jalan paksaan.
Terguna akannya sebagai pendinding diri. Pemagar diri. Pematah sihir dan buatan. Berbisa padanya orang yang memakai. Setidaknya dalam bawaan jika tidak ditangan. Terhindar darinya itu beberapa hal yang tidak menguntungkan. Dan molek kiranya sebagai pakaian diri yang tiada dinafi.
Leluhur tua menurunkan akan sifat pada zatnya. Yakni bersifat ia sebagai tindak halnya besi malu. Adalah itu tiadalah adanya sebarang senjata mampu menusuk. Dalam hal-halnya ghalib perkara. Bahasa mudah difahami ia, kebal darurat dengan izin.
Pun demikian turunan, tetaplah menjadi sekadar pedoman buat Tok Bah. Namun, tidaklah sama sekali digenggam kukuh halnya kebal. Kerana itu melanggar pendirian Tok Bah berkaitan hal.
Apapun cabang pemahaman dan pengajian. Terpulang pada pegangan masing-masing. Kerana Tok Bah mengeggam erat kadar rezeki faham atas diri Tok Bah.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment