COTA TERAS NIBONG TUNGGAL
Panjang sehasta sahaja. Nak buat hentak kepala orang sedap. Panjang-panjang pun kalau tak reti ‘kekwal’ (kawal), belum sempat libas. Senjata musuh dah makan diri. Silap haribulan senjata sendiri yang makan tuan. Sehasta nak simpan pun mudah. Nak guna lagi mudah.
Nibong Tunggal pada ghalib kejadian merupakan suatu alamiah yang berbisa. Jua merupakan diantara sekian pembisa berbintik yang menjadi pakaian diri bagi orang yang memahami.
Seringkali Nibong Tunggal disalahertikan dengan Nibong Muda. Nibong Muda (pokok awal) yang tumbuh disesuatu tempat, jika ditebang. Dalamanannya lebih memutih. Tidak keperangan. Tidaklah sama sekali dikira tunggal sedemikian.
Dalam kaedah Melayu tua, Nibong Tunggal dijadikan resmi wajib dalam melangkah. Sama ada berbentuk cincin mahupun lainnya. Seraya wajib akan pembawaan.
Bahkan telah diturunkan dari mulut ke mulut di Tanah Jawi Kelantan. Bahawa tombak atau lembing Tok Janggut diperbuat dari batang Nibong Tunggal yang dirincih tajam. Dek kerana ketahanannya, dijadikan ia keutamaan sebagai senjata.
Whatsapp : 0189010623
Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment