Teras kayu ada khasiat tersendiri. Batu-batu ada kelebihannya tersendiri. Semua yang diciptakan Allah swt ni, Dia nak kita berfikir. Kenapa sesuatu itu dijadikan?
Bahasa mudah bagi orang awam. Kalau teras kayu atau batu dibuat permata. Ianya sebagai pemanis jari. Dalam bahasa beratnya, orang pakai kerana titipan leluhur. Ada pedoman disebalik cerita. Bukan saja-saja. Iktibar atas perjalanan orang yang telah melaluinya. Asbab ikhtiar dalam mengusahakan sesuatu. Bukan jaminan 'wajib mujarab'. Kena faham.
Atas amal batang tubuh itu adalah perbekalan batiniah yang azali. Adapun teras dan batu hanya tampalan pada diri. Jika tiada tidak mengapa lagi. Bila ada terlebih baik jatidiri.
Jangan kerana teras dan batu. Tuhan yang Satu menjadi dua, tiga, empat. Hadamkan betul benar.
No comments:
Post a Comment