Tuesday, July 17, 2018

SATU PERKONGSIAN

Mencari dan memahami ilmu dizaman ini, seumpama mencari kemenyan yang hitam. Sukar untuk ditemui. Malahan sukar untuk difahami.

Para pentaksub ilmu membawa bebanan kemegahan dari kefahaman yang sedikit dan sempit. Namun, merasakan diri mereka telah melangkaui kudrat akal lainnya. Setelahnya ditaburkan akan kesombongan dari kebijaksanaan yang dirasakan telah digenggam sepenuhnya oleh mereka.

Demikian itu berpecahnya cabang-cabang kefahaman. Hingga menimbulkan kekeliruan. Kerana itu, dalam memilih sesuatu perihal. Janganlah terlalu terburu-buru. Duduk renungkan sesuatu perkara dengan berhemah.

Akal tidak akan ditenggelamkan oleh ketaksuban. Hanya nafsu yang memimpin hati ke arah pergelumangan.

Tok Bah
17/07/2018







No comments:

Post a Comment