Saturday, July 28, 2018

PERTANYAAN SAHABAT

"Atok Abah..permata teras kayu kalau dibaca ayat selain kitab suci Islam. Bolehkah?"

Pertanyaan whatsapp dari salah seorang sahabat pemahar berbangsa Cina. Alhamdulillah

Baik. Berkenaan bacaan. Atau pengisian zikir. Atau apa sahaja yang difahami secara umum. Adalah perkaitan yang diujudkan dalam kerangka pegangan kami. Yakni kesucian zikir atau ingatan kami pada Tuhan kami mengikut kaedah kami tersendiri. Adalah tidak tertakluk pada tatakaedah pegangan agama lain.

Namun, tiadalah dinafikan akan kepercayaan kalian. Yakni non Muslim akan sama perihalnya tujuan. Hendaklah dirujuk pada alim ulama kalian. Akan nisbah bacaan dan pegangan. Dan tiadalah dinafikan akan kepercayaan ini. Demi menghormati prinsip kalian. Sebagaimana salah satu tuntutan cabang agama kami. Selagimana kata Mu'ahad tidak bertukar menjadi Harbi.

Walhasil dipersoalkan akan jalan kami. Dan didapati kalian berminat untuk mendekati agama kami. Maka, tiadalah keberatan pula hendaknya pundak kami untuk memberikan dakwah sekadar-kadar.

Adapun pula pada tiap perkongsian sesuatu perihal. Berkenaan khasiat sesuatu. Berkenaan pedoman sesuatu. Maka itu adalah sandaran dari para leluhur. Atasnya orang yang telah melalui jalan ini. Yakni suatu jalan dalam mengimani kewujudan alamiah. Sebagai suatu kaedah mendekati diri pada sang Pencipta.

Wallahualam


No comments:

Post a Comment