Berpantang makanan menjalar. Masa tidak pantang. Tembikai, timun, kacang, labu dan lain-lain. Tiadalah pula rasa nak makan. Tengok pun tidak.
Masa pantang nilah. Setiap saat asyik fikirkan benda tu semua. Rasa terliur sahaja. Memang adat berpantang mungkin.
Untuk apa berpantang makanan menjalar? Sedikit dari perkongsian Tok Bah.
Pantang makanan menjalar biasanya dilakukan oleh orang-orang yang beramal secara khusus. Tiada ketetapan waktu. Ghalibnya 41 hari. Pantang ini dipercayai dari cabang adat Melayu tua. Sebagai menguatkan dalaman dan menguatkan tubuh badan.
Apakah amal dalam melakukan pantang ini? Bergantung pada amalan yang diterima. Bergantung pada murshid yang menurunkan.
Kenapa hanya tumbuhan menjalar? Petua mengaitkan kekuatan akar dan tumbuhan dalam menyatakan hal ini. Tumbuhan yang menjalar tidaklah kuat akan 'perumahnya'. Bahkan mudah sahaja dicabut. Dengan ini, larangan ini menjadi keutamaan dalam sesuatu perihal.
Semua orang boleh mengamalkan pantang ini? Benar. Semua orang boleh mengamalkannya. Malahan, pada orang yang terkena sihir atau buatan sekalipun. Menjadi asbab penawar bagi diri mereka. Insyaallah
Demikian sedikit perkongsian. Wallahualam
No comments:
Post a Comment