Tuesday, July 31, 2018

TERAS GEMUNGGAL HITAM (EDISI KHAS)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

TASBIH TERAS GEMUNGGAL HITAM
(EDISI KHAS TEMPAHAN SAHABAT)

Teras Gemunggal Hitam merupakan salah satu teras yang amat sukar diperolehi. Dek kerana jarang kejadian atasnya. Maka, keunikan ini menjadi satu keistimewaan bagi yang memahami.

Tok Bah menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk memiliki keunikan alamiah ini sebagai koleksi peribadi. Insyaallah

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Monday, July 30, 2018

BLUE PHOENIX

Petang ni kita keluarkan barang lama sikit. Blue Phoenix diberi nama. Nama asal opal. Nama kampung pula opah. Opah kau..😂😂😂










TEMPAHAN SAHABAT

TERAS MALI MERAH & TERAS MALI PUTIH
EDISI CAPAL

Tempahan khas sahabat pemahar. Untuk dibuat keychain. Boleh rujuk post lalu berkaitan Teras Mali ini.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com







Saturday, July 28, 2018

PERTANYAAN SAHABAT

"Atok Abah..permata teras kayu kalau dibaca ayat selain kitab suci Islam. Bolehkah?"

Pertanyaan whatsapp dari salah seorang sahabat pemahar berbangsa Cina. Alhamdulillah

Baik. Berkenaan bacaan. Atau pengisian zikir. Atau apa sahaja yang difahami secara umum. Adalah perkaitan yang diujudkan dalam kerangka pegangan kami. Yakni kesucian zikir atau ingatan kami pada Tuhan kami mengikut kaedah kami tersendiri. Adalah tidak tertakluk pada tatakaedah pegangan agama lain.

Namun, tiadalah dinafikan akan kepercayaan kalian. Yakni non Muslim akan sama perihalnya tujuan. Hendaklah dirujuk pada alim ulama kalian. Akan nisbah bacaan dan pegangan. Dan tiadalah dinafikan akan kepercayaan ini. Demi menghormati prinsip kalian. Sebagaimana salah satu tuntutan cabang agama kami. Selagimana kata Mu'ahad tidak bertukar menjadi Harbi.

Walhasil dipersoalkan akan jalan kami. Dan didapati kalian berminat untuk mendekati agama kami. Maka, tiadalah keberatan pula hendaknya pundak kami untuk memberikan dakwah sekadar-kadar.

Adapun pula pada tiap perkongsian sesuatu perihal. Berkenaan khasiat sesuatu. Berkenaan pedoman sesuatu. Maka itu adalah sandaran dari para leluhur. Atasnya orang yang telah melalui jalan ini. Yakni suatu jalan dalam mengimani kewujudan alamiah. Sebagai suatu kaedah mendekati diri pada sang Pencipta.

Wallahualam


Tuesday, July 24, 2018

CEMPAKA RETAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

CEMPAKA RETAK
(NATURAL)

Batu Cempaka merupakan sejenis batu yang amat sesuai dijadikan sebagai pemanis jari. Batu Asli bukan sintetik. Rough asal disertakan pada gambar dua terakhir.

Tok Bah ada terbaca tentang natural stone di insta AmarIsland. Page orang puteh. Mengikut kepercayaan mereka, batu semulajadi lebih mempunyai aura positif berbanding batuan jenis campuran sintetik. Terutama melibatkan batu yang diklasifikasikan sebagai 'batu berhias'. Delima, zamrud, cempaka, kecubung dan lain-lain.

Penuaan dalam pemakaian adalah lebih baik untuk kesihatan berbanding penuaan warna secara paksaan (batu masak). Wallahualam

Untuk berurusan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com











Monday, July 23, 2018

QIBDAH CAPAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

AKIK QIBDAH ASLI
(PATTERN CAPAL)

Akik Qibdah merupakan diantara jenis batuan akik yang hidup. Yakni yang berubah menua akan warnanya apabila makin lama dipakai. Qibdah Yaman merupakan Qibdah yang terbaik. Daripada tanah yang diberkati.

Akik Qibdah juga dikenali sebagai akik merah hati ayam.

Dibentukkan dalam bentuk capal. Sempena menzahirkan kecintaan dan kerinduan pada Rasulullah saw. Mengambil barokah dari tinggalan Baginda saw.

Ulama-ulama mengukirkan Capal sebagai tanda kecintaan pada Rasulullah saw. Hinggakan Capal yang hanya terletak di telapak kaki Baginda saw dirasakan lebih mulia dari amal tubuh mereka.

Hal ini amat sukar untuk difahami oleh mereka yang tidak pernah mengecapi fana-ur-rasul.

Kecintaan yang menuntut untuk mencintai apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan yang dicintainya.

TABBARUK merupakan suatu jalan kesufian dalaman diri. Mengambil berkat diatas segala kelebihan orang-orang mulia. Hatta debu di kaki mereka.

Dengan mengambil barokah ini, datangnya nilai kasih. Tersemainya nilai rindu. Dan keindahan mengulah ukhuwwah dalam perjalanan mendekati ketuhanan. Hatta sekecil perkara, bahkan rindu itu membuah mekar.

Sahabat yang berminat boleh terus whatsapp kepada

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com












HOK ORE TEPOH

Dok siak lagi. Jenuh buat mugo ni panah lik-lik. Waso nok kekoh palo ore waso. Kekoh pahtu enjal tule rusuk😂😂😂😂

Sebarea uruse nga rujukea

Waksek : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com






Sunday, July 22, 2018

BESI PACAK

Bagi yang tak kenal bentuk Besi Pacak. Tu Besi Pacak tu. Digunakan untuk menahan kayu masa sesi pemotongan.

Dibuat dari besi padu. Biasa-biasa sahaja. Namun..andai patah secara alami. Harga 'besi buruk' ini terus menjadi tidak masuk akal. Kenapa? Kerana pedoman bijakpandai leluhur zaman. Pedoman di sebalik perjalanan.

Besi Pacak Patah merupakan salah satu antara ramuan 'besi Pa'. Boleh rujuk post lama untuk keterangan lanjut berkenaan Besi Pacak Patah.

Hari ini Tok Bah sibuk siapkan kayu 2x4 dan 2x5. Kalau Tok Bah lambat balas whatsapp tu diharap bersabar.

Sebarang urusan dan rujukan :-

Whatsapp : 0189010623

Blog : daricetusanmindaku.blogspot.com





Saturday, July 21, 2018

SATU PERKONGSIAN

Teras kayu ada khasiat tersendiri. Batu-batu ada kelebihannya tersendiri. Semua yang diciptakan Allah swt ni, Dia nak kita berfikir. Kenapa sesuatu itu dijadikan?

Bahasa mudah bagi orang awam. Kalau teras kayu atau batu dibuat permata. Ianya sebagai pemanis jari. Dalam bahasa beratnya, orang pakai kerana titipan leluhur. Ada pedoman disebalik cerita. Bukan saja-saja. Iktibar atas perjalanan orang yang telah melaluinya. Asbab ikhtiar dalam mengusahakan sesuatu. Bukan jaminan 'wajib mujarab'. Kena faham.

Atas amal batang tubuh itu adalah perbekalan batiniah yang azali. Adapun teras dan batu hanya tampalan pada diri. Jika tiada tidak mengapa lagi. Bila ada terlebih baik jatidiri.

Jangan kerana teras dan batu. Tuhan yang Satu menjadi dua, tiga, empat. Hadamkan betul benar.



Thursday, July 19, 2018

TEMPAHAN SAHABAT

Antara kesenangan hati Tok Bah. Bilamana sahabat yang menempah terus menyatakan jenis teras yang diinginkan.

Tak payah Tok Bah peningkan kepala nak list satu persatu. Senang pulalah untuk Tok Bah menyatakan teras yang dimahukan tersebut ada atau tidak.

Setinggi pujian dan ucapan terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa memahami. Alhamdulillah